Oleh Ikhwanul Kiram Mashuri
Bagaimanakah dehaman Iran menjadi batuk dengan menutup Selat Hormuz? Pengaruhnya pastilah dahsyat, akan terjadi kekurangan minyak.Amerika Syarikat dan Eropah akan kedinginan kerana pemanas di rumah dan pejabat tidak berfungsi. Industri di China dan India akan berhenti.Di Indonesia, belanjawan negara akan tidak menentu kerana melambungnya harga minyak dunia. Itulah gambaran pengaruh kawasan Timur Tengah ke atas ekonomi dunia, termasuk Indonesia. Selain belanjawan dan pelaburan, banyak pekerja Indonesia (termasuk amah) bekerja di Arab, juga pelajar dan mahasiswa yang menuntut ilmu di sana.Apakah pula akan terjadi di Timur Tengah?
Pada ketika itu, sesiapa pun yang memerintah - baik Ikhwanul Muslimin mahupun Parti Kebebasan dan Keadilan sebagai pemenang pilihan raya umum atau masih di tangan tentera - tidak banyak yang dapat dilakukan.Dijangka barang-barang asas terutama aisy (roti makanan harian rakyat) akan naik sehingga 70 peratus. Bahkan sebahagian perusahaan, swasta ataupun milik negara dipastikan tidak mampu membayar gaji pegawai. Sejak revolusi setahun lalu, angka pelancongan Mesir merosot. Bantuan luar negara beku. Maklumlah, negara-negara Barat, termasuk Amerika, juga dilanda krisis ekonomi tenat. Negara-negara Teluk yang kaya juga tidak banyak dapat diharapkan kerana disibukkan dengan masalah dalam negeri sendiri - menghulurkan berbilion dolar demi memujuk rakyat agar tidak memberontak. Tunisia pula setali tiga wang (keadaannya tidak jauh berbeza).
Ekonomi Mesir akan memburuk. Rizab tukaran asing di Bank Pusat Mesir untuk empat bulan ke depan dijangka menurun dengan banyak - tinggal AS$5 bilion atau $6.5 bilion (AS$20 bilion pada November 2011 dan AS$36 bilion pada akhir 2010).
IRAN berdeham, dunia sudah kelam- kabut. Harga minyak langsung merangkak naik.
Meskipun rakyat Tunisia yang pertama menjatuhkan pemerintahan diktator dan berhasil memilih pemerintahan baru hasil pilihan raya demokrasi, pendapatan negara itu merosot besar. Tiada pelancong, pelaburan dan bantuan asing.Yaman juga penuh ketidakpastian. Ekonomi akan tetap memburuk. Di bidang politik, meskipun Presiden Ali Abdullah Saleh bersedia meletakkan jawatan, pembangkang terus bergerak. Yaman Selatan mengancam berpisah. Syria lebih tidak menentu. Sejumlah pengamat antarabangsa menjangkakan rejim Presiden Bashar Al-Assad akan jatuh. Namun, yang belum diketahui adalah nasib Syria sesudah Encik Bashar Al-Assad. Akan terjadi perebutan pengaruh dari luar dan ancaman perang saudara. Hingga kini, oposisi belum bersatu. Kemiskinan dan perang saudara juga akan terus mengancam Libya. Kondisi berbeza, kalau tidak boleh dikatakan lebih baik, mungkin kini dialami negara Arab monarki seperti Arab Saudi, Kuwait, Oman, Bahrain dan Qatar.
Sejauh ini para raja dan sultan di sana telah berhasil membungkam kemarahan rakyatnya. Caranya berbeza-beza. Maghribi memilih perbaikan sistem politik dan pemerintahan. Pilihan raya demokrasi dipilih Raja Mohammad VI kerana dianggap lebih murah. Dengan cara ini, pertumpahan darah dapat dihindari dan ekonomi tetap stabil meskipun buat pertama kali dalam sejarah Maghribi ketua pemerintahan diterajui Perdana Menteri dari parti Islam yang menang pilihan raya.Di Jordan, rakyat semakin berani bertunjuk rasa. Ada Ikhwanul Muslimin. Ada warga Palestin yang tidak pernah setia kepada raja. Lalu, ada rakyat miskin yang berasa terpinggirkan dan marah. Israel terus mengancam menguasai Tepi Barat yang menjadi sempadannya dengan Jordan. Negara-negara Teluk juga pelik. Kesejahteraan dan pendidikan mungkin lebih baik. Begitu pula hubungannya dengan negara-negara Barat. Namun, sistem politik dan demokrasi sangat tertinggal. Seandainya rakyat tidak dimanja oleh kekayaan minyak dan gas, mungkin sistem diraja Teluk sudah punah. Berbilion dolar dihulurkan untuk membeli kesejahteraan dengan menaikkan gaji, pinjaman tanpa faedah sehinggalah subsidi bahan-bahan pokok. Namun, di sisi lain, mereka tidak memberi muka kepada pembangkang, apatah lagi untuk memprotes. Tunjuk perasaan dianggap barang haram. '
Pertanyaannya, sampai bila rakyat Teluk dapat berdiam diri?Selain menuntut kesejahteraan, rakyat Arab juga meneriakkan diberikan hak politik. Mereka menuntut akses kekuasaan yang menjadi monopoli keluarga raja. Tanpa sokongan tentera, ekonomi negara beraja di Teluk sudah ranap. Pada 2012, saya melihat Timur Tengah akan terus membara. Pengaruhnya juga akan mendunia sehingga ke pelosok Indonesia - daripada kenaikan harga minyak, pelaburan, politik, agama, sosial-budaya sehingga pengiriman mahasiswa dan tenaga kerja.Jangan sampai salah mendiagnosis sehingga mempengaruhi keputusan dasar negara, misalnya pekerja Indonesia boleh terlantar di rantau itu. Jangan sampai pengaruh buruk Timur Tengah masuk ke Indonesia.Nota: Penulis wartawan kanan 'Republika'. Rencana ini sedutan makalahnya yang disiarkan Isnin lalu.
Post a Comment