Dewan Pemuda PAS semalam meminta Pengerusi DAP, Encik Karpal Singh, menghormati pendirian agama lain dalam isu sambutan Hari Kekasih.
Ketuanya, Nasruddin Hassan Tantawi, berkata Encik Karpal tidak perlu menjadikan isu sambutan Hari Kekasih sebagai satu polemik kerana Pemuda PAS tidak pernah menghalang masyarakat bukan Islam menyambut Hari Kekasih.'Apa yang menjadi fokus kami adalah umat Islam terutamanya generasi muda. Orang Islam punya tatacara tersendiri meraikan kasih sayang antara suami isteri dan kekasih. Tidak perlu ada hari-hari tertentu meraikan kasih sayang,' katanya yang dipetik daril mStar Online.
Nasruddin berkata, Pemuda PAS sentiasa menghormati hak orang lain dan mereka tidak akan campur tangan dalam urusan agama lain sebaliknya mereka menegur sikap golongan muda Islam yang meraikan sambutan Hari Kekasih.Minggu lalu, Encik Karpal dilaporkan berkata pendirian PAS menentang sambutan Hari Kekasih, adalah bertentangan dengan hak asasi manusia dan prinsip kebebasan.

Post a Comment