Home » , » Asia sedia hadapi ketidaktentuan ekonomi eropah

Asia sedia hadapi ketidaktentuan ekonomi eropah

news - Asia kini  lebih bersedia menghadapi kejutan ekonomi sejagat selepas mereka mengukuhkan sistem kewangan sejak krisis serantau 1997-1998, menurut Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.
Keyakinan beliau itu turut dikongsi para penggubal dasar di rantau ini, dengan China menyatakan ekonominya akan pulih dan Indonesia pula menyatakan bank-banknya masih berkembang di sebalik krisis hutang di Eropah.
Prospek pertumbuhan Asia disokong oleh pengalihan daripada menjadi pengguna kepada menjadi pengilang, dengan bilangan penduduk kelas pertengahannya akan meningkat daripada 500 juta mencapai lebih 3 juta menjelang 2030, menurut Dr Zeti di Jakarta, semalam.

"Strategi-strategi yang unik yang dilaksanakan bagi mengukuhkan asas makroekonomi dan sistem kewangan di rantau ini.
"Asas-asas kukuh dari segi pertumbuhan, kadar pengangguran yang rendah, inflasi yang agak rendah dan sistem kewangan yang kukuh dan lebih mantap telah mengukuhkan Asia dan keupayaannya menguruskan ketidaktentuan luaran,'' jelasnya.
Beliau merupakan penolong Gabenor Bank Pusat yang bertanggungjawab terhadap operasi ekonomi, pengurusan rizab, pasaran modal dan tukaran asing di Malaysia apabila Thailand menurunkan nilai mata wang bahtnya pada 2 Julai 1997.
Nilai ringgit menjunam 89 peratus enam bulan kemudian serta nilai mata wang serantau yang lain, menyebabkan para pelabur lari dari rantau ini.
Ekonomi-ekonomi Asia menjunam dalam kemelesetan sehingga menyebabkan Thailand, Indonesia dan Korea Selatan terpaksa mendapatkan pakej bantuan daripada Dana Kewangan Antarabangsa (IMF).
Dr Zeti, ketika itu pemangku Gabenor Bank Negara, mengumumkan langkah kawalan modal Malaysia pada 1998.
Ekonomi Malaysia yang tumbuh melebihi 4 peratus sejak menghadapi kemelesetan pada 2009, tumbuh 4.7 peratus pada suku pertama tahun ini berbanding setahun lalu.
"Permintaan dalam negeri di Asia menyumbang kepada pertumbuhan sejagat dan pertumbuhannya sendiri,'' kata Pakar Ekonomi DBS, Encik Irvin Seah, kepada Bloomberg.
Indonesia menyaksikan pertumbuhan ekonominya melebihi 6 peratus sejak 2010.
Pertumbuhan pinjaman di ekonomi terbesar Asia Tenggara itu ialah 28 peratus pada bulan lalu.
Menteri Dagangan China, Chen Deming, berkata ekonomi negara itu semakin pulih setelah pemerintah melaksanakan langkah-langkah mendorong pertumbuhan.
Share this article :

Post a Comment