Home » , » Melayu Singapura dan dikriminasi peruntukan pendidikan

Melayu Singapura dan dikriminasi peruntukan pendidikan

News - SETIAP anak rakyat Singapura patut menerima Edusave, tanpa mengira bangsa, agama atau di mana mereka bersekolah.
Gesaan tersebut dilakukan oleh  Anggota Parlimen (AP) GRC Pasir Ris-Punggol,  Zainal Sapari, berkata alasan dan hujah  yang diberikan oleh pemerintah selama ini mengapa Edusave tidak boleh diberikan kepada pelajar yang tidak bersekolah di sekolah nasional kini 'semakin lemah'.
"Kalau dahulu, mungkin sukatan pelajaran madrasah berlainan dan tidak selari dengan sukatan pelajaran sekolah-sekolah nasional.
"Tetapi sekarang, semakin banyak sukatan pelajaran madrasah selari dengan sukatan pelajaran nasional dan saya rasa ia 90 peratus selari.
"Pelajar madrasah juga menduduki peperiksaan nasional dan setiap anak Singapura layak menerima Edusave, seperti bonus pertumbuhan yang diberikan kepada setiap rakyat Singapura," kata Zainal seperti dipetik akhbar dinegara republik tersebut.
Edusave, diperkenalkan pada 1993 bagi memberikan kanak-kanak peluang yang sama di sekolah untuk mengikuti program pengayaan, diberikan kepada semua pelajar rakyat Singapura yang bersekolah di sekolah pemerintah, sekolah bantuan pemerintah, sekolah bebas dan sekolah pendidikan khas.
Namun, Kementerian Pendidikan (MOE) tidak meluaskan skim itu kepada para pelajar di sekolah swasta, termasuk madrasah sepenuh masa.
Isu mengenai penggunaan Edusave bagi pelajar madrasah sepenuh masa pernah dikemukakan ahli Parlimen beragama islam di SIngapura tetapi tidak diendahkan pemerintah Singapura.
Menteri Pendidikan SIngapura, Heng Swee Keat, berkata adalah menjadi dasar negara menggalak semua kanak-kanak Singapura, seramai mungkin, memasuki sekolah nasional.
Atas sebab itulah MOE tidak meluaskan skim Edusave kepada pelajar yang tidak bersekolah di sekolah aliran utama.
Berbeza di Malaysia sekolah pelbagai aliran seperti SRJK Cina, Tamil dan SMA agama telah diberikan peruntukkan yang setanding dengan sekolah kebangsaan.
Share this article :

Post a Comment