Home » » Lajim Ukin dan Anwar Ibrahim

Lajim Ukin dan Anwar Ibrahim

Laluan politik  Datuk Lajim Ukin penuh dengan habuan dan imbuhan. Tanpa habuan, beliau tidak akan bertindak secara membabi buta.

Tahun 1994,  Ahli Parlmen Beaufort  tersebut keluar PBS kerana inginkan habuan jawatan-Timbalan Ketua Menteri Sabah, selain habuan-habuan tersembunyi yang lain.

Jangan lupa, cara Lajim meninggalkan PBS-usaha itu dilakukan oleh Anwar sendiri selaku Timbalan Perdana Menteri dan Pengarah Pilhanraya Sabah pada masa tersebut.

Kini untuk kali kedua Lajim mengikut  Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim barangkali juga kerana inginkan imbuhan yang lebih besar. Malangnya, tindakan Lajim kali ini, tidak mempunyai sebarang impak kepada kerajaan pimpinan BN. Jika pada tahun 1994, PBS gagal mempertahan kerajaan atas sebab kehilangan majoriti di DUN Sabah, kerana tiga ADUN PBS melompat ke dalam Umno antaranya Lajim sendiri.

Dikatakan menurut perkiraan Lajim, pada PRU-13 akan datang BN akan kecundang, walaupun ia bercanggah dengan temuan ahli-ahli akademik atau pengamat politik tanah air, bahawa BN akan terus memerintah negara.

Kalau dilihat jangkaan Lajim ini seakan sama dengan perkiraan Yong Teck Lee dan Bernard Giluk Dompok serta beberapa pemimpin  PBS pada tahun 1990, pada masa ituperkiraan mereka BN akan kalah kepada Angkatan Perpaduan Ummah yang diketuai oleh Tengku Razalegh Hamzah sebagai Persiden S-46; serpihan Umno.

Namun sejarah membuktikan bahawa perkiraan para pemimpin PBS itu silap dan hingga kini BN masih memerintah negara walaupun berlaku tsunami politik pada tahun 2008.

Berasaskan kepada perkiraan Lajim itu, maka beliau tidak ingin ketinggalan untuk menyertai kerajaan baru yang akan dibentuk; dan mungkin beliau menjadi "Ketua Menteri" sebagai "janji" Anwar terhadapnya. Percayalah, pasti "ada" perjanjian antara Anwar dan Lajim; jika tidak-Lajim tidak akan bertindak, kerana sejarah perjalanan politiknya mesti disertai dengan habuan untuk diri sendiri.

Apapun, kita sebagai rakyat Malaysia ingin mengucapkan selamat kepadanya, untuk mencapai impiannya; namun di pihak BN, para pemimpin serta penyokong BN akan buktikan, kali ini Lajim tersilap langkah dan perhitungan dalam membuat pilihan.
Source -  OKB
Share this article :

Post a Comment