Home » » KL lima bandar termurah untuk dikunjungi pelancong

KL lima bandar termurah untuk dikunjungi pelancong

Kuala Lumpur adalah antara lima bandar utama di dunia yang paling murah untuk dikunjungi, menurut edisi terbaru tinjauan 'TripIndex' oleh TripAdvisor, yang diterbitkan kelmarin.

Harga menginap bagi satu malam di ibu kota Malaysia itu, termasuk kadar sewa semalam di sebuah hotel empat bintang, tambang teksi, serta bayaran makan malam dan koktel, secara purata adalah sekitar AS$194.43 , menurut laporan akhbar The Star, semalam.
Laporan tinjauan TripIndex itu mendapati bandar Hanoi, di Vietnam, adalah bandar paling murah untuk dikunjungi dengan tambang AS$84.89 semalam.
Ini diikuti oleh bandar Beijing, di China  dan Bangkok, di Thailand .

Budapest pula adalah destinasi paling murah di Eropah yang dimasukkan dalam senarai tersebut, iaitu tambang bagi penginapan semalam di ibu kota Hungary itu adalah AS$193.78 secara purata, menjadikannya lebih murah sedikit daripada Kuala Lumpur, lapor The Star.
Tinjauan TripIndex itu membandingkan harga bagi lawatan satu malam di destinasi-destinasi pelancongan paling popular di seluruh dunia bagi musim panas tahun ini.
Kos purata yang disebutkan itu merangkumi harga dua majlis koktel, makan malam bagi dua orang di sebuah restoran, tambang teksi dan kadar sewa penginapan semalam di sebuah hotel.
Menurut akhbar itu, bandar-bandar Eropah adalah yang paling mahal dikunjungi.
Bandar London, misalnya, menelan kos AS$500 untuk dikunjungi - termasuk kadar sewa AS$361.64 bagi penginapan semalam di sebuah hotel dan AS$82.61 bagi tambang makan malam.
Ini diikuti dengan bandar Oslo, ibu kota Norway (AS$499.91), bandar Zurich di Switzerland (AS$485.82) dan Paris di Perancis.
Kunjungan semalam di Paris, yang dilihat bandar kedua paling popular dikunjungi pelancong, di belakang London, menurut tinjauan MasterCard minggu ini, menelan kos AS$480.75 - termasuk kadar sewa AS$306.71 bagi penginapan semalam di sebuah hotel empat bintang, tambang teksi sebanyak AS$15.06 (bagi perjalanan 1.8 batu atau 2.9 kilometer), tambang AS$57.44 bagi koktel bagi dua orang dan AS$105.55 bagi makan malam.
Di Amerika Utara, destinasi paling popular dikunjungi pelancong adalah New York, Amerika Syarikat, yang dianggap bandar paling mahal di dunia dengan kos AS456.50 bagi kunjungan semalaman dan AS$341.63 perlu diperuntukkan bagi sewa bilik hotel, A$15 bagi tambang teksi, AS$32 bagi santapan koktel dan AS$67.87 bagi makan malam.
Share this article :

Post a Comment