News - Kaji selidik dan analisis dalaman oleh Pakatan Rakyat (PR) menunjukkan mereka mempunyai keupayaan menang 100 kerusi dalam parlimen dalam pilihan raya umum.
Bagaimanapun, pakatan pembangkang itu menjangka Belanjawan 2013 Datuk Seri Najib Tun Razak, yang dijangka dibentangkan pada 28 September ini, boleh menjejas peluang mereka, menurut laporan laman berita yang memetik tinjauan itu, semalam.
The Malaysian Insider (TMI) berkata pihaknya difahamkan unjuran oleh tiga parti komponen PR - Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) - sebahagian besarnya menandingi konsensus risikan yang dibuat oleh Barisan Nasional (BN).
Perikatan parti pembangkangy berpendapat ia telah diberi 'jaminan' 80 kerusi, dengan tambahan kemungkinan memenangi sehingga 50 kerusi.
"Analisis daripada kedua-dua pihak sangat rapat. Satu-satunya perbezaan besar ialah kami lebih optimistik terhadap Johor, Sabah dan Sarawak, yang membolehkan kami menghasilkan 20 kerusi," kata seorang ahli strategi kanan PR kepada sebuah media pro pembangkang.
Walaupun tinjauan BN menunjukkan mereka berupaya meletakkan sehingga 146 ahli parlimen - kurang dua kerusi daripada mencapai majoriti dua pertiganya - sumber-sumber berkata ramalan itu dibuat sejurus selepas habuan RM500 diagihkan kepada keluarga berpendapatan rendah di bawah skim 'Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)'.
Satu lagi kajian, baru-baru ini, oleh Cawangan Khas (SB) polis menunjukkan bahawa BN boleh membolot sehingga 118 kerusi kerajaan pusat yang berada dalam tangan.
Ini menyebabkan para ahli strategi PKR mencari kaedah untuk menimbulkankan persepsi bahawa mereka akan dapat mengalahkan Barisan Nasional dalam plihanraya ke 13. Kini pembangkang khususnya PKR memainkan persepsi bahawa PKR akan memerintah Malaysia selepas pilihanraya umum bagi psy war politik menakutkan jentera UMNO dan Barisan Nasional.
Kadar sokongan terhadap perdana menteri meningkat kepada 69 peratus sebaik sahaja wang tunai RM2.6 bilion dibelanjakan, dan selepas pasca BERSIH 3.0 didapati sokongan ke atas pembangkang oleh bukan Melayu juga didapati menurun.

Post a Comment