News - “Gagasan 1 Malaysia merupakan idea cetusan terbaik daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyatukan rakyat Malaysia seterusnya dapat membawa negara Malaysia menjadi sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi pada tahun 2020”. Demikian antara intipati ucapan Ketua Pengarah Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri Yang Mulia Datuk Raja Arif Raja Ali sewaktu membicarakan topik “Gagasan 1 Malaysia Dalam Konteks Media Baru” pada Konvesyen Media Sosial peringkat negeri Melaka pada 10 Jun 2012.
Beliau juga mengajak peserta konvesyen yang berjumlah seramai 1280 orang tersebut bersama-sama memahami maksud sebenar gagasan 1 Malaysia yang merangkumi Dasar Transformasi Negara agar mesej tersebut dapat disebarkan dengan tepat di alam maya.
Konvesyen sehari yang dilaksanakan di MELAKA INTERNATIONAL TRADE CENTRE (MITC) telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Hj. Mohd Ali Rustam dan telah berjaya menghimpunkan aktivis media social dari seluruh negeri Melaka. Ketua Menteri Melaka dalam ucapan perasmian telah menggesa agar pengamal Media Social di Melaka dapat menyampaikan mesej yang tepat agar masyarakat internet tidak terkeliru dengan maklumat yang salah dan mengelirukan.
Kebanyakkan peserta konvesyen yang ditemui menyatakan kehadiran ke Program Konvesyen Media Sosial Melaka telah berjaya menambahkan kefahaman mengenai maksud Gagasan1 Malaysia dan kewajaran pengguna media social harus memahami agenda besar Perdana Menteri tersebut.
Affendy Mohd Salleh salah seorang peserta dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM) menyatakan Media Sosial ini merupakan medium interaksi paling cepat untuk menyampaikan maklumat samada ada positif atau negatif, oleh yang demikian medium ini sebenarnya penting untuk membantu pengguna internet memahami dasar-dasar terkini oleh kerajaan dan adalah sewajarnya Gagasan 1 Malaysia juga difahami sepenuhnya masyarakat siber bagi menggelakkan kekeliruan dalam penyampaian mesej.

Post a Comment