Home » » Sepanyol : kuasa bola dan runtuhnya ekonomi

Sepanyol : kuasa bola dan runtuhnya ekonomi

TIDAK seperti kalangan penduduk Jepun, saya bukan penggemar bola sepak. Namun, malam ini saya ter gerak menonton Sepanyol lawan Italy.
Saya cukup terpengaruh dengan ka wan-kawan yang ramai membicarakan Uefa Euro 2012. Euro tahun ini diikuti 14 negara Eropah dan diadakan di dua negara, Ukraine dan Poland.
Melalui laman web www.mivo.tv sa ya dapat menikmati pertandingan itu secara langsung.
Saya cukup bersimpati dengan Sepanyol. Bukan kerana ia pernah memena ngi Euro 2008, tetapi kerana beban berat yang dialami Sepanyol: krisis ekonomi.
Kesan paling ketara krisis ekonomi itu ialah tingginya kadar pengangguran. Selain itu, banyak rumah baru tidak terjual dek ‘gelembung rumah’ (housing bubble).
Oleh itu, Sepanyol memohon agar Kesatuan Eropah memberinya bantuan 100 bilion euro ($161 bilion). Bantuan kewangan ini akan digunakan untuk menyihatkan bank-bank mereka.

Perdana Menteri Sepanyol, Encik Mariano Rajoy, yang konservatif sebenarnya kurang menyukai bantuan luar. Namun, ramai pemimpin dunia menekannya. Beliau dipaksa menghadapi ke nyataan bahawa Sepanyol memerlukan bantuan kewangan daripada pihak lain, iaitu Kesatuan Eropah (EU).
Di Jepun, Menteri Kewangan Jun Azumi menyatakan bahawa jika Sepanyol mendapat bantuan kewangan daripada EU, satu langkah besar telah terlewati. Namun, ia perlu mengikutinya dengan strategi lain agar ekonomi Eropah dan dunia jadi stabil.
Krisis Sepanyol ini merupakan lanjutan krisis kewangan Eropah yang bermula pada 2007 dan mencapai kemuncak nya pada 2008. Pada saat itu, kita ingat bahawa wajah ekonomi Greece sangat menyedihkan.
Namun, mengapakah Sepanyol tidak segera bertindak meskipun ia tahu krisis telah melanda Eropah?
Makalah Causes and Consequences of the Spanish Economic Crisis: Why the Recovery has taken so long? tulisan Dr Francisco Carballo-Cruz (2011) dapat menjelaskan dengan jernih masalah Sepanyol.
Dr Carballo-Cruz menyebut bahawa krisis di Sepanyol yang terburuk sejak 50 tahun lalu, dan ia disebabkan dua hal:
  • pemerintah Sepanyol terlalu cepat melakukan pembinaan perumahan; dan
  • bank-bank di Sepanyol terlalu agresif memberi pinjaman kepada penduduk untuk membeli rumah.
Mungkin wajar juga jika Sepanyol membina sekitar 5.3 juta rumah baru sejak 1997 sampai 2007. Alasannya, permintaan rumah daripada penduduk Sepanyol memang tinggi.
Namun, pasti ada alasan mengapa orang ramai ingin membeli rumah.
Kisah bermula beberapa tahun selepas penyatuan negara-negara Eropah.
Warga asing yang masuk Sepanyol semakin ramai dalam sedekad itu – mencapai 4.5 juta orang. Maka pemerintah perlu menyediakan banyak rumah.
Pada 2007, kadar faedah untuk pembelian rumah turun daripada 9.6 peratus menjadi 3.3 peratus. Ini membuat penduduk Sepanyol mudah membeli rumah.
Keadaan ini disokong persaingan anta ra bank yang kian sengit. Banyak bank dengan mudah memberi pinjaman kepada penduduk. Lebih 41 peratus pinjaman yang diberikan bank kepada penduduk berkenaan pembelian rumah.
Berbeza daripada Jepun, Italy atau Belgium, dana yang digunakan untuk menggerakkan roda ekonomi Sepanyol berasal dari luar negara; bukan dari dalam. Separuh hutang Sepanyol, 47 pe ratus, sebenarnya kerana pelabur asing.
Sayangnya, tidak semua orang yang membeli rumah dapat membayar cicilan (instalment). Mengapa?
Ramai orang mendadak kehilangan pekerjaan (menganggur). Sejak krisis eko nomi Sepanyol berlaku sampai akhir 2010, ada 4.6 juta penganggur (20.1 peratus seluruh pekerja Sepanyol).
Jadi bagaimanakah menyelesaikan masalah Sepanyol?
Dr Carballo-Cruz menawarkan dua huraian:
  • Pertama, Sepanyol harus memperbaharui semula bank-banknya. Bank harus lebih terbuka dalam memberikan informasi mengenai kewangannya kepada pihak luaran. Bank harus menyedari hutang-hutangnya, dan bangkit kembali.
  • Kedua, Sepanyol harus mengubah pasaran pekerjanya.
Kini, ada dua kelas pekerja di pasaran pekerja Sepanyol:
  • pekerja tetap dengan gaji tinggi dan perlindungan (insurans); dan
  • pekerja sementara dengan gaji ren dah tanpa perlindungan.
Perubahan daripada sistem berganda kepada sistem tunggal sangat diperlukan oleh Sepanyol.
Namun, huraian ini tidak dapat terlaksana apabila suntikan dana untuk bank-bank Sepanyol tidak ada.
Oleh itu, kini Sepanyol menunggu kawan-kawan Eropahnya supaya memberi pinjaman. IMF dan Ame rika Syarikat menyambut baik ‘kesetiaan’ EU itu.
Daripada kes Sepanyol, kita da pat belajar bahawa regionalisme memang punya ma salah dan huraiannya sendiri. Sema ngat serantau (regionalisme) sema cam EU juga dimiliki Asean, meskipun belum pada penyatuan mata wang dan kedaulatan- 
( Arief sedang bermastautin di Tokyo Jepun).-cyberita
Share this article :

Post a Comment