|
SERAMAI 11 penumpang terpaksa memberanikan diri berjalan di atas
landasan atas tanah ini (gambar) setelah khidmat LRT tergendala, petang
semalam.
Syarikat pengendali LRT , dalam kenyataannya semalam, berkata gerabak
LRT yang dinaiki mereka terhenti di tengah-tengah landasan antara stesen
Bukit Panjang dengan Senja sekitar 4.45 petang.
Akibatnya, para penumpang terpaksa berjalan sekitar 150 meter di atas
landasan itu - yang seluas 1.5 meter dan difahamkan anggaran setinggi flat
tiga tingkat - untuk ke stesen Senja.
Dikatakan Khidmat LRT di laluan A, tempat gerabak tersebut terhenti,
tergendala selama dua setengah jam
hingga 7.15 malam. Khidmat LRT di laluan B pula tergendala selama sembilan minit dan di laluan C, hampir sejam.
Apabila kita terbaca berita diatas, fikiran pertama
yang terlintas di fikiran kita “teruknya Sistem Pengankutan Awam” menganiayai
penumpang.
Tetapi Alhamdulillah ia bukanlah berlaku di Malaysia tetapi dinegara jiran kita yang
selalu dikatakan pembangkang sebagai sebuah negara perfect dalam segalanya.
Dan dikatakan juga ini merupakan kali kelima berturut-turut
perkhidmatan tren terganggu dalam masa 11 hari sejak 13 April lalu.
Bagaimana agaknya kalau kejadian tersebut berlaku di negara kita, yang
pasti sudah tentu pembangkang seboleh mungkin akan memanipulasi isu tersebut.
Antaranya mendesak Menteri Pengangkutan meletak jawatan, ditubuhkan
Suruhanjaya Diraja dan pelbagai lagi desakan dengan niat utama menjatuhkan
imej kerajaan pemerintah.
Dalam laporan akhbar Singapura juga semalam menyatakan Perdana Menteri
Singapura Lee Hsien Loong buat pertama
kali mempunyai Facebook sendiri. Ia bukan cerita lawak di bulan April tetapi reality
berlaku di Singapura dan menurut Perdana Menteri Singapura tersebut tindakan tersebut
dilakukan untuk mencari keseronokan.
|
Dua berita ini
kalau diteliti dan di analisis, sebenarnya
memberi makna tersendiri kepada kita di Malaysia.
Rekod Syarikat
Prasarana Negara berhad (SPNB) yang
mengendalikan Rapid KL (Sistem pengangkutan
bersepadu Bas dan LRT di ibu negara) menunjukkan
prestasi LRT laluan Ampang dan Kelana Jaya Line tidak pernah mengalami kerosakkan
teruk sehingga 5 kali berturut-turut sepertimana di Singapura.
Sehingga kini
amalan yang digunakan sekiranya terdapat tren yang mengalami masalah perkhidmatan
bas Rapid KL akan mengambil alih fungsi
LRT, bukankah itu lebih baik dari apa yang diamalkan di Singapura.
Apabila Perdana
Menteri Singapura telah mempunyai FB sendiri, saya katakan sebagai lawak kerana
Perdana Menteri kita DS Najib Razak telah lama menggunakan ia sebagai medium
untuk berhubung dengan rakyat, bukan untuk keseronokan.
Seharusnya kita
berbangga dengan Perdana Menteri yang
sentiasa ingin mendampingi rakyat walaupun kesibukan dengan urusan seharian
sebagai orang no satu dalam kerajaan.
Post a Comment