Home » » Hudud & PAS : Siapa tipu siapa?

Hudud & PAS : Siapa tipu siapa?


Oleh Adam Suhaimi

“PAS ingin melaksanakan Hukum Hudud, ini matlamat tertinggi parti mereka.  Ia bagaikan Parti Demokratik Progresif di Taiwan yang menuntut kemerdekaan, sudah pasti ia tak jadi, kerana tidak dibenarkan realiti politik.  Apatah lagi PAS bersekutu dengan dua parti komponen Pakatan Rakyat, semestinya memerintah berdasarkan Buku Jingga apabila berkuasa - bukan matlamat tertinggi PAS mahupun DAP.  Mungkin ada yang akan tanya, bagaimana pula di Kelantan?

Saya teringin nak tanya mereka, jikapun terlaksana di Kelantan, apa susahnya?  Kau bukannya muslim, apa kena-mengena dengan kau?  Lebih-lebih lagi, kau tunggulah sehingga Pakatan Rakyat memperolehi majoriti dua pertiga untuk meminda perlembagaan.  Buat masa sekarang, kerajaan pun belum tukar.  Kini bertimbun-timbun pengundi hantu, Pakatan Rakyat nak pertahan satu pertiga kerusi pun payah!

Ramai lagi Cina bertanya, matilah kalau Pakatan Rakyat memperolehi majoriti dua pertiga.  Saya kata XXX, kepala otak kau, kalau Pakatan Rakyat memperolehi dua pertiga, sudah pasti DAP ada 50 kerusi dalamnya.  Kalau DAP tidak mengundi untuk sokong, maka tak jadilah pindaan tu.”  - Merdeka Review

Artikel ini diperolehi dalam sebuah  laman yang begitu dekat dengan pembangkang, iaitu Merdeka Review. Klik sini.


Persoalan kenapa masyarakat Cina begitu yakin terhadap PAS seakan terjawab apabila kita membaca artikel tersebut, apa yang dapat disimpulkan komuniti kedua terbesar di Malaysia itu sedar bahawa Parti Islam Semalaysia (PAS) sebenarnya tidak akan  dapat melaksanakan hukum hudud walaupun  PAS bersama Pakatan Rakyat dapat memerintah negara pada PRU ke 13 nanti.
Oleh yang demikian, segala hujah MCA untuk menjauhkan komuniti Cina dari PAS akan menemui kegagalan. Adalah lebih wajar  di saat ini parti Kedua tertua di Malaysia tersebut mencari formula baru untuk memikat pengundi cina.

Bagi UMNO, mengapa tidak isu ini diangkat untuk meyakinkan pengundi Melayu/islam bahawa dakwaan PAS ingin melaksanakan hukum hudud apabila berkuasa nanti hanyalah strategi politik untuk meraih sokongan.
Hari ini pengundi Cina yakin sekiranya mereka menyokong pembangkang kuasa tawar menawar dalam kerajaan adalah lebih tinggi kerana DAP sahaja diyakini akan menang 50 kerusi ini tidak termasuk yang dimenangi atas tiket PKR. Kenapa tidak perkara ini diwawarkan oleh bahawa andaian PAS untuk membentuk negara islam versi PAS adalah hipokrit semata-mata.

Hari ini samada, MCA atau UMNO kedua parti tersebut masih teraba-raba untuk konsisten menyerang pembangkang. Sedangkan pembangkang sentiasa mewujudkan isu untuk mengabui persepsi positif yang kini semakin melebar kepada prestasi Perdana Menteri DS Najib Razak.
Kalau MCA sejak dahulu hanya isu Hudud dimainkan, UMNO pula masih lagi isu video lucah, liwat didendangkan untuk menarik pengundi.

Bukankah lebih baik dicari satu kaedah lain untuk menarik gelombang sokongan kepada UMNO dan Barisan Nasional, seperti yang pernah disarankan oleh bekas Menteri Kewangan Tun  Daim Zainudin dalam komentar ikhlas mengenai pilihanraya ke 13 yang disiarkan di akhbar utama beberapa bulan lepas.

Bukan tidak boleh memainkan kaedah lama dalam menyerang pembangkang, tetapi biarlah pelbagai, sebagai analoginya tidak kesemua orang boleh makan nasi, ada yang makan roti atau pun mee. Begitu juga dengan isu untuk menyerang pembangkang adalah sebaiknya dipelbagaikan sepertimana pembangkang menyerang pihak Barisan Nasional.
Share this article :

Post a Comment