Tahun 1998 penulis diberi peluang untuk memasuki sebuah Institusi Pengajian Tinggi di pinggir Kuala Lumpur, seingat penulis pada tahun tersebut Malaysia dan negara serantau di Asia mengalami krisis ekonomi hingga ada negara yang terpaksa mengadaikan kemerdekaan kepada kuasa asing.
Namun hasil kebijaksanaan kepimpinan negara pada masa tersebut menyebabkan Malaysia terselamat dari ditelan oleh reji IMF sebagaimana yang berlaku kepada Indonesia. Runtuhnya ekonomi Indonesia telah menyebabkan negara paling besar bilangan umat islam di dunia terpaksa melepaskan wilayah Timor Timur (kini Timor Leste) merdeka dan menjadi negara yang mempunyai majoriti umat Kristian terbaru di Asia Tenggara selain Filipina.
Antara polisi yang dilaksanakan oleh kerajaan pada tempoh kegawatan tersebut ialah memperkasa tenaga sumber manusia kepada generasi muda. Walaupun penghantaran pelajar ke luar negara dihentikan buat seketika tetapi kemasukan pelajar ke Universiti tempatan telah dibuka dengan begitu besar sekali. Semuanya dilakukan adalah dengan niat untuk memastikan lebih ramai calon yang berkelayakan mendapat pendidikan tinggi dengan lebih ramai supaya bekalan sumber tenaga Manusia yang berkualiti dapat dihasilkan demi memenuhi kehendak pasaran kerja yang dijangka melonjak sebaik tamat kegawatan ekonomi selepas itu.
Seingat penulis pada masa itu sebahagian besar yuran pengajian pada peringkat awal ditanggung sendiri oleh pelajar atau keluarga pelajar, pada semester kedua kalau bernasib baik pinjaman pelajar akan memperolehi pinjaan mudah ubah dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ataupun juga Majlis Amanah Rakyat (MARA) manakala sebahagian kecil ditanggung yayasan negeri atau yayasan persendirian.
Lantaran keadaan itu, terdapat calon mahasiswa ini terpaksa menolak melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi lantaran tidak mempunyai sumber kewangan untuk membiayai yuran awal pengajian. Dan pada masa itu juga seingat penulis apabila ada seseorang pelajar dapat memasuki IPT , di kampong asal pelajar biasanya akan dibuat kenduri doa selamat dan pada masa sama kutipan derma untuk membiayai pembelajaran. Begitulah susahnya untuk bergelar mahasiswa sewaktu itu.
Namun hari ini semua permasalahan tidak ada lagi, tidak lagi masalah keciciran ke Universiti disebabkan kekangan kewangan sekiranya berkelayakan, dengan bilangan kemudahan universiti yang sentiasa ditambah dari semasa ke semasa tidak timbul lagi soal tidak layak masuk ke Universiti. Semua yang layak berpeluang, Cuma yang bezanya, siapa yang cemerlang mungkin akan mendapat pembiayaan sewaktu belajar di university dan itu merupakan ganjaran akan kerajinan beliau sewaktu menununtut ilmu diperingkat persekolahan. Bagi pelajar lain, mereka masih lagi mampu mendapat pembiayaan PTPTN yang diwujudkan khusus untuk membantu membiayai pelajar di IPT sekiranya gagal mendapat pembiayaan pihak lain.
Namun hari ini apabila melihat segerombolan pelajar berdemonstrasi dan menjadikan Dataran Merdeka sebagai medan menyatakan bantahan terhadap PTPTN, penulis begitu sadis. Pernahkah mereka terfikir kalau tiada PTPTN sebelum ini, berapa ramai pelajar2 di Malaysia yang tidak mampu memijakkan kaki ke university.
Bagi kaum Cina sejak kecil lagi mereka telah ada simpanan dana bagi tujuan pendidikan, sebab itulah ramai diantara mereka selepas tamat SPM atau STPM masalah pembiayaan pembelajaran bukan satu perkara besar, namun bagi masyarakat Melayu budaya menabung untuk pendidikan bukan satu lagi budaya yang dipraktikkan.
Salahkan kewujudan PTPTN untuk mengajar orang Melayu islam menabung demi pendidikan. Salahkan PTPTN ada demi membantu pembangunan akademik orang Melayu? Salahkan PTPTN menetapkan hanya yang mendapat kelas pertama dikcecualikan bayaran pinjaman?
Kalaulah benar PTPTN ada kelemahan adakah wajar ia dihina sebegitu rupa, bukankah ada pendekatan lain yang lebih bijaksana boleh digunakan.
Adalah jelas mahasiswa yang berdemostrasi ini ialah mahasiswa yang dipergunakan parti politik, mereka mengutarakan pandangan bukan berasaskan kepada idealis mahasiswa tetapi berpandukan apa yang dirancang oleh pimpinan pembangkang. Slogan yang mengkeji “Najib Altantunya” itu sebelum ini hanya dimainkan oleh kelompok Anwar Ibrahim kini mahasiswa ini pun melakukan aksi yang sama.
Pengecut mahasiswa kini rupanya, bercakap berdegar-degar tetapi skripnya dicipta oleh orang lain. Sunguh dayus rupanya mahasisiwa kini berfikir.
PTPTN sebenarnya hanyalah alasan bagi kumpulan ini untuk berkumpul di Dataran Merdeka, yang lebih besar sebenarnya mereka ingin menjatuhkan kerajaan Malaysia sebagaimana berlaku di Timur Tengah. Bukankah ini dianggap sebagai cobaan menjatuhkan Yang Dipertuan Agung? kerana kerajaan sekarang wujud dengan perkenan yang dipertuan Agung.
Semoga selepas ini ada kelompok mahasiswa lain tampil untuk mengambil tindakan yang lebih bijaksana berbanding kelompok mahasiswa ciptaan pembangkang tersebut kerana secara nyata golongan ini telah menghina mahasiswa itu sendiri.

Post a Comment