Home » , » Bukti Anwar Ibrahim arahkan peserta demonstrasi merusuh

Bukti Anwar Ibrahim arahkan peserta demonstrasi merusuh

Manusia yang  perlu bertanggungjawab di atas Tragedi di himpunan kotor di Kuala Lumpur yang hampir meragut nyawa  anggota  keselamatan dan petugas media  ialah Anwar Ibrahim.  Anwar hanya menggunakan Ambiga untuk melaksanakan  himpunan tersebut, Anwar mengarahkan ahli PAS keluar beramai-ramai menyokong himpunan tersebut. Anwar akan gembira kalau ada peserta himpunan yang meninggal dunia, nanti bolehlah dijaja bahawa pasukan keselamtan zalim , kerajaan zalim menindas rakyat membunuh orang awam.

Naib Pengerusi DAP dalam satu kenyataan berkata pihak penganjur sudah pasti mempunyai sumber kewangan yang banyak untuk penganjuran himpunan  kotor  tersebut.

“ Jadi , nampaknya banyak juga wang pihak penganjur BERSIH kali ini, saya pun biasa jadi ketua pertubuhan NGO ( NGO). NGO bukan ada duit tetapi ini Nampak mewah” tegas Tunku Aziz yang mengkritik penganjur himpunan tersebut.


Cuba perhatikan signal diberikan Anwar Ibrahim kepada Azmin Ali, dan kemudiannya perhatikan tindakan yang  dilakukan oleh pengikut disekeliling Azmin Ali.


Siapa yang tidak kenal Anwar Ibrahim?
Tahun 1970-an dahulu siapa yang memperdaya pelajar untuk berdemonstasi menentang kerajaan yang kononya untuk membela nasib rakyat miskin di Baling Kedah, walhal sebaliknya hanyalah tipu daya Anwar Sahaja.

Demi untuk merebut kuasa, Anwar Ibrahim sanggup menjadi balaci kepada Zionis Antarabangsa NED, Frendrich Foundation, Soros dan pelabagai pihak lain. Kalau akidah pun sanggup dileburkan demi mencapai matlamat apalah sangat rakyat marhaen yang boleh diperbodohkan dirinya.
Cuba kita teliti video ini, berdasarkan arahan dari Anwar kepada Azmin,  peserta himpunan telah mengambil tindakan merusuh dijalanan dan melawan pasukan keselamatan.

Dengan kata lain, Anwar Ibrahim dah merancang untuk menjadikan himpunan ini sebagai himpunan kotor yang boleh mencemarkan imej kerajaan pimpinan Najib. Janji Ambiga untuk menjadikan himpunan ini Aman  dan duduk sahaja hanyalah hipokrit semata-mata.
Share this article :

Post a Comment