Home » » Himpunan BERSIH 2.0 tidak penuhi Maqasid Syariah

Himpunan BERSIH 2.0 tidak penuhi Maqasid Syariah

News - Dua ahli Panel Seminar “teori dan Aplikasi Maqasid Syariah sependapat bahawa himpunan Bersih 2.0 adalah tidak menepati Maqasid Syariah.
Dr. Wan Azhar Wan Ahmad  dalam sesi ke IV  Seminar seminar dua hari anjuran Institut Kefahaman Islam (IKIM ) bertajuk Maqasid dalam Menangani Cabaran Sosial  menyatakan “Sekiranya perhimpunan itu  boleh merosakan harta benda, ia  tidak akan menepati Maqasid Syariah kerana  perhimpunan itu boleh merendahkan  martabat orangg islam, dan seharusnya niat tujuan  asal dilakukan himpunan itu diambil kira” tegas Felo Kanan Pusat Kajian Syariah , Undang-undang IKIM.


Pendapat sama juga dilontarkan oleh Dr. Mohd Farid Mohd Shahran Felo Kanan, Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyaratan IKIM untuk menjawab persoalan dari peserta bagaimana Maqasid Syariah dapat menjamim keselamatan dan kesejahteraan Awam berdasarkan kejadiaan Himpunan seperti BERSIH 2.0.

“Perkara yangg mengancam ( keselamantan) ia harus difikirkan semula. Kebenarannya boleh dipersoalkan, dan sekiranya ia boleh mengancam kepentingan manusia ia dilihat tidak perlu”.

Farid Shahran juga menyatakan ruang oleh pihak kerajaan kepada penganjur sudah dibuka dan tidak sewajarnya perhimpunan tersebut dilaksanakan kerana dikhuatiri boleh menyebabkan masalah keamanan dan kekacauan.

Menurut bekas Pensyarah UIA tersebut Ulama Sunnah amat bertegas dalam memelihara keamanan dan sewajarnya pemerintahan yang  boleh menjaga keamanan harus dipertahankan.

Seminar yang membincangkan Maqasid Syariah tersebut dihadiri hampir 300 peserta dan selama dua hari bermula 29 hingga 30 Mei 2012 telah membincangkan bagaimana ilmu Maqasid Syariah dapat menangani permasalahan-permasalahan baru umat islam khususnya di Malaysia.

Sebanyak 14 pembentang kertas kerja dilakukan dan antara tokoh yang terlibat seperti YBhg. Dr Ahmad Wifaq bin Moktar, Assc. Prof Dr. Mohamed El Taher El Mesawi dan Dr. Mustafa Umar Mohamed, Ketua Pengarah IKIM Datuk Nik Mustapha Nik Hassan, Dr Md Som Sujiman dan Dr. Zaharuddin Abdul Rahman.
Mankala pada hari kedua melibatkan tokoh seperti Prof Emiritus Dr. Mahmood Zuhdi hj Ab. Majid, Prof. Madya Dr. Shamrahayu binti Abdul Aziz, Dr. Wan Azhar Wan Ahmad  dan Dr Mohd Farid Mohd Shahran serta pegawai Penyelidik daripada Intitut kefahaman Islam Malaysia (IKIM).
Share this article :

Post a Comment