“Kami telah dijemput oleh Ketua Pembangkang, (Datuk Seri Anwar Ibrahim) untuk memantau beberapa isu berkenaan pilihan raya dan mengemukakan laporan cadangan dan akan diserahkan kepada parti politik, termasuk kerajaan dan juga pembangkang,” kata Senator Nicholas Xenophon, salah seorang ‘delegasi pemantau asing’.
Selain Senator Nicholas Xenophon (Australia) turut serta bersamanya enam orang lagi pemantau asing lain iaitu Senator Hasil Khan Bizenjo (Pakistan), Amado Valdez (Filipina), Juliane Schmucker (Jerman/Koodinator Freidrich Naumann Foundation for Freedom), Clinton Fernandes (Australia), Mobashar Jawed Akhbar (India) dan Mohamad Nasir Tamara Tamimi (Indonesia).
Walaupun ‘pemantau asing’ itu mendakwa mereka datang bukan sebagai ‘musuh’, namun masih berlegar beberapa persoalan; siapa yang kumpul dan biaya pergerakan mereka dan apakah muslihat kedatangan ‘tetamu asing’ yang tidak diundang itu ?
Persoalan ini semakin ketara apabila kedatangan mereka 2 hari sebelum berlangsungnya acara BERSIH 3.0, ‘Duduk Bantah’ yang dirancang di Dataran Merdeka, Sabtu.
Apa perkaitan ‘pemantau asing’ dengan BERSIH 3.0 dan Anwar Ibrahim ?
Senator Nicholas Xenophon selain daripada seorang Ahli Parlimen Bebas Australia Selatan, beliau juga merupakan seorang peguam Hak Asasi di Australia yang banyak melibatkan kes berkaitan dengan LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender).
Beliau mengetuai firma Guaman Xenaphone and co. di Australia Selatan yang merupakan penyokong utamaRang Undang-Undang Perkahwinan Sesama Jantina di Australia serta memperjuangkan hak untuk menikmati hak pencen, cukai dan hak keluarga kepada Kumpulan Gay dan Lesbian di Australia.
“Xenophon merupakan seorang peguam yang menyokong kesamarataan Gay & Lesbian di Australia Selatan”, lapor laman web LGBT, Australia, samesame.com.au
Pada Disember 2010, Xenophon telah datang ke Malaysia sebagai pemerhati bebas untuk menyokong Anwar dalam menghadapi kes liwatnya.
‘Ahli politik Pakistan yang disogok CIA’ begitulah gelaran dari laman mustikhan.newsvine.com kepada Senator Hasil Khan Bizenjo.
“ISI (Inter Services Intelligence) telah membayar berjuta-juta dolar wang pembayar cukai kepada ahli-ahli politik, termasuk Senator Hasil Khan Bizenjo”, dedah laman itu yang menjawab kenapa Senator itu enggan menyokong perjuangan kemerdekaan di Balochistan.
Hasil Khan Bizenjo adalah ahli politik dari kawasan Balochistan iaitu salah satu kawasan terbesar di Pakistan yang sering menghadapi krisis.
Kerana sering menghadapi krisis, kawasan itu mendapat perhatian NGO-NGO yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) seperti Human Right Watch (HRW) dan International Crisis Group (ICG) yang kedua-duanya ditaja oleh George Soros.
Lapor laman itu lagi, dokumen di mahkamah membuktikan Hasil Bizenjo menerima Rs. 0.5 juta daripada agen dan Rs. 0.1 juta disimpan untuk dirinya sendiri.
Amado Valdez adalah kroni Joseph Estrada, lapor laman renato-bautista-jr.suite101.com dan Estrada pula salah seorang kawan baik Anwar Ibrahim.
Amado Valdez juga merupakan aktivis LawAsia yang sering mendapat tajaan Konrad Adenauer Stiftung (KAS).
KAS juga turut menaja badan pemikir Anwar, Institut Kajian Dasar (IKD).
Juliane Schmucker adalah Koordinator Projek Friedrich Naumann Foundation (FNF) for Liberty yang berpangkalan di Bangkok.
FNF pula merupakan salah satu penaja PKR yang sering membantu memberi kepakaran latihan danpenajaan program-program.
Pada tahun 2010, FNF menaja Anwar untuk mengadakan road show ke Eropah bagi mendapat sokongan antarabangsa tentang kes liwatnya.
Anwar Ibrahim dan aktivis-aktivis Islam Liberal Malaysia merupakan tetamu utama FNF, ketika yayasan Jerman itu mengadakan persidangan FNF sedunia di Kuala Lumpur.
Persidangan itu bertujuan untuk mempromosi isu kebebasan dan demokrasi dalam dunia Islam.
Clinton Fernandes menurut laman timorarchives adalah bekas pegawai perisikan tentera Australia yang mampu akses terhadap rekod National Archives of Australia (NAA) iaitu simpanan rekod-rekod hasil perisikan ‘Australia’s Joint Intelligence Organisation‘ (JIO).
“Fernandes adalah bekas pegawai perisikan tentera yang mempunyai akses keselamatan tertinggi”, lapor Mark Colvin dari abc.net.au yang memberitahu pensyarah University of New South Wales itu sangat berminat tentang Timor Timur.
Pada tahun 2000, Fernandes digantung tugas sebagai pegawai perisikan tentera kerana disiasat membocorkan maklumat Timor Timur.
Fernandes kemudian mengambil ujian akademik di Akademi Angkatan Pertahanan Australia dan meninggalkan tentera untuk menjadi pensyarah di University of New South Wales.
Mobashar Jawed “M.J.” Akbar adalah Pengarah Editorial India Today, kumpulan media yang menjemputAnwar Ibrahim dan Salman Rushdie berceramah baru-baru ini.
Beliau juga merupakan felow kanan di Saban Center for Middle East Policy, Brookings untuk hubungan AS dengan dunia Islam.
Anwar Ibrahim juga terlibat secara langsung dalam institut itu apabila beliau dilantik sebagai Penasihat Antarabangsa Brookings.
Institut Brookings adalah sebuah badan pemikir Amerika yang dipengerusikan oleh seorang Yahudi bernama Strobe Talbott. Beliau merupakan bekas Timbalan Setiausaha Negara semasa pemerintahan Presiden Bill Clinton.
Pada tahun 2002, satu unit penyelidikan Institut Brookings ditubuhkan khusus untuk Timur Tengah yang dinamakan “Saban Center for Middle East Policy” yang dipengerusikan oleh Martin Indyk, bekas Duta Besar Amerika Syarikat ke Israel yang juga aktivis AIPAC (American Israel Public Affairs Committee).
Dr Mohamad Nasir Tamara Tamimi salah seorang penganut Islam Liberal yang dianggap pakar dalam topik “Islam dan Demokrasi”.
Beliau pernah menjadi Fellow di Universiti Harvard untuk Pusat Hubungan Antarabangsa dan pernah menjadi fellow Thomas Jefferson Fellow, di the East West Center, Hawaii, AS.
Laman heraldsun.com melaporkan pada awal tahun 1980-an Nasir Tamara telah ke pejabat Ford Foundation di Jakarta untuk meminta dana bagi menyambung pengajian ‘Islam dan politik’.
Ford Foundation merupakan yayasan dana yang berpangkalan di AS.
Sayang ketika itu, AS tidak berminat dengan Islam, jadi permohonan Nasir Tamara ditolak.
“Seandainya Nasir Tamara datang ke Ford Foundation Pasca World Trade Center (WTC) diserang pada 11 September 2001, pasti permohonannya diterima”, lapor blog lppimakassar yang melihat peranan kesungguhan Asia Foundation badan tajaan USAID menaja kumpulan Islam Liberal.
Ramai masyarakat Indonesia percaya Asia Foundation adalah topeng CIA.
“Kami mahu mencabar pemikiran Islam garis keras,” kata Ulil Abshar Abdalla, seorang pakar teologi Islam Liberal Indonesia yang mendapat tajaan penuh dari Asia Yayasan untuk menubuhkan Jaringan Islam Liberal (JIL) pada tahun 2001.
JIL melancarkan program radio mingguan yang mempersoalkan tafsiran kitab Al Quran berkenaan hak wanita, golongan homoseksual dan ajaran asas.
Selain itu, JIL terus mara mempengaruhi pemikiran rakyat Indonesia dengan membayar siaran televisyen ke seluruh negara untuk menyampaikan mesej Islam Liberal sebagai satu kepercayaan “banyak warna”.
Laman musliminsuffer melaporkan Nasir Tamara yang juga pengurus ICMI pusat pernah mengunjungi Tel Aviv dan melakukan wawancara eksklusif dengan Perdana Menteri kelima Israel Yitzhak Rabin pada tahun 1994.
Selain empat wartawan termasuk Nasir Tamara, kunjungan serupa juga pernah dilakukan oleh bekas Presiden Indonesia, Abdurrahman Wahid (Gus Dur) di mana Gus Dur ahli Shimon Perez Foundation.
Kunjungan Gus Dur dan Nasir Tamara ke Israel menimbulkan protes besar-besaran di kalangan masyarakat Islam di Indonesia.
Berdasarkan latar belakang ‘pemantau asing’ yang dijemput Anwar itu, maka tidak salah disoal, adakah ini projek Phil Robertson, Human Rights Watch atau projek John Mallot, Southeast Asia Group atau mana-mana penaja Anwar termasuk FNS ?
Sumber AIDC
Sumber AIDC

Post a Comment