Home » » Masalah air bukan kerja saya- Nik Aziz

Masalah air bukan kerja saya- Nik Aziz

Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat semalam, mengambil sikap lepas tangan terhadap masalah air yang kini serius melanda beberapa jajahan di Kelantan  terutama di Pasir Mas.
“Tempat tertentu itu bukan kerja saya, pihak berkenaan tempat itu yang bertanggungjawab,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah mingguannya, di Dataran Ilmu, di sini, semalam.

Sambil menyalahkan pekerja di AKSB sebagai punca masalah tersebut berlaku.


Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai masalah air di Pasir Mas yang sudah berlarutan beberapa hari sehingga menjejaskan kerja harian penduduk selain pendapatan peniaga kecil di jajahan itu.

Selain Pasir Mas, jajahan Tumpat juga mengalami masalah sama apabila urusan memandikan jenazah satu keluarga terganggu selama empat jam disebabkan tiada bekalan air sehingga terpaksa menghubungi AKSB supaya menghantar bekalan air.

Jawatankuasa khusus di setiap jajahan 
Ditanya apakah usaha kerajaan negeri mengatasi isu ini, Nik Aziz berkata, kerajaan negeri sudah berikhtiar untuk menjaga air dan sudah menubuhkan jawatankuasa khusus di setiap jajahan bagi memantau masalah berkenaan.

“Selain itu, masalah air di negeri ini mungkin berlaku disebabkan kakitangan yang diperlukan dalam menjalankan kerja di sektor berkenaan tidak mencukupi,” katanya.

Beliau berharap kakitangan atau pegawai yang bertanggungjawab dalam menyediakan kemudahan air supaya jangan berpeluk tubuh apabila mengetahui ada berlaku masalah air di kawasan mereka.

“Sekiranya dia (pegawai) tahu mengenai sesuatu tempat yang tiada bekalan air, sedangkan dia sebagai pegawai mengambil sikap duduk diam, maka pegawai terbabit akan menanggung dosa nanti,” katanya.
Share this article :

Post a Comment