Penerbangan Malindo Airways disasarkan beroperasi di Malaysia pada Mei 2013 dengan menggunakan 12 pesawat hingga akhir tahun 2013. Operasi Malindo tairwars tersebut akan bermula hampir serentak dengan pelancaran penerbangan premium milik Lion Air, iaitu Batik Air, Lion air memiliki 49 peratus saham Malindo Airways dan 51 % pula dimiliki Nadi sebuah syarikat berteraskan MRO berpangkalan di Subang.
Ketua Umum Lion Air, Edward Sirait menjelaskan, untuk peringkat awal, Malindo Air akan mulai beroperasi dengan dua pesawat 737-900 ER terbaru dan hingga akhir tahun ini akan meningkat menjadi 12 pesawat.
Penubuhan Malindo Airways menurutnya merupakan strategi Lion Air untuk memanfaatkan pembelian sebanyak 408 pesawat Boeing 737-900 ER dan 737 Max 9 serta lima pesawat Boeing 787 yang ditempah oleh Lion Air.
Malindo Airways, dia menurutnya akan berkonsep penerbangan kos murah (low cost carrier/LCC), tapi tetap akan memberikan layanan makanan dan minuman kepada penumpang.
Dalam tempoh terdekat, Edward menyatakan, Malindo Air sedang mengkaji rute-rute domestik di Malaysia sebelum membuka rute penerbangan antarabangsa dari Malaysia. Ada beberapa kota yang telah diintai oleh Malindo Air, seperti penerbangan ke Kota Kinabalu dan Kucing.
Sementara itu, untuk keperluan khidmat penyelenggaran di darat, Malindo Air dikatakan akan bekerja sama dengan Nadi yang mempunyai pusat MRO (maintenance, repair, and overhaul) di Subang.
Batik Air yang merupakan syarikat penerbangan penuh pula dikatakan akan juga menjadikan Kuala Lumpur sebagai hub kepada penerbangan daripada kota-kota di Indonesia sebelum terbang ke seluruh dunia. Alasan yang diberikan pemilik Batik Air iaitu Lion Air ialah KLIA lebih mampu menawar kemudahan yang lebih baik berbanding apa yang ditawarkan oleh Lapangan Terbang di Indonesia.
Post a Comment