Ucapan pembukaan Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa merasmikan persidangan serentak 3 pergerakan sayap Pemuda, Wanita dan Puteri semalam begitu mengujakan siapa pun yang mendengar dan tepat menusuk pada mereka-mereka yang nak ditembak.
Dah takde lagi kecaman secara sinis, sebaliknya semua didedah dengan terang dengan nama pihak-pihak berkaitan sebiji sebiji disebut.
Pada penulislah, ucapan TSMY itu bukan ucapan perasmian tapi paluan gendang, tanda bermulanya perang menentang pembangkang. Momentum itu pula dikekalkan oleh Ketua Wanita, Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil yang ganas mencerca perilaku moral Ketua Umum PKRdalam ucapannya, Anwar Ibrahim yang tak sudah-sudah dengan isu berkaitan ‘lubang’ – baik lelaki mahupun perempuan.
Tapi melihat part Ketua Pemuda, YB Khairy Jamaludin (KJ), alahai.
Ini bukan penulis nak merendahkan martabat tapi rasanya KJ tak tangkap mesej yang cuba disampaikan TSMY. Beliau nak semua pemimpin UMNO termasuk sayap pemuda mengubah pendekatan politik yang lebih banyak bertahan sekarang kepada menyerang. Siapa pun taknak dengar strategi pembangkang, jahanam ke tak jahanam, orang nak tau, macam mana nak serang dan serang balik.
Ada beza tu walaupun bunyinya dekat-dekat sama.
Masalah UMNO ni dari dulu, strategi bagus tapi datang part implementation, hancus. Paling banyak menyumbang kepada kehancuran itu antaranya ialah Pemuda. Kita dok bincang macam mana nak serang, datang dia dok discuss pasal strategi. Strategi apa lagi kalau gendang perang dah kena palu, serang ajelah.
Eh, mana pertubuhan dalam dunia dedah strategi/formula masing-masing untuk menghadapi pihak lawan, melainkan pihak lawan itu sendiri memandai-mandai cipta strategi dalam kepala kemudian kata itu strategi seteru dia. Kalau orang tahu strategi lawan, dah tentu namanya bukan strategi lagi dah.
Penulis selepas dengar ucapan panas berapi TSMY, dah ibarat pahlawan melayu siap menghunus keris nak pergi berperang, aleh dengar ucapan Ketua Pemuda, dah terasa macam pondan sedang bersiap pakai coli nak pergi menjalang!!!!
Ini apa yang penulis rasa (bukan buat). Orang lain penulis tak tau dan tak suka nak ambik tau.
Post a Comment