Home » » Facebook selamatkan mangsa tebusan

Facebook selamatkan mangsa tebusan


 Seorang wanita menggunakan Facebook bagi mendapatkan bantuan selepas beliau dan anak lelakinya berumur 17 bulan djadikan tebusan dalam sebuah rumah hampir lima hari, menurut polis.
Sarjan Jon Arnold berkata wanita itu bersembunyi dalam sebuah almari dengan komputer ribanya dan meninggalkan pesanan di rangkaian sosial itu merayu bantuan, dengan berkata beliau dan anaknya akan 'mati menjelang pagi'.
Pesanan itu membuat seseorang menghubungi polis, yang pergi ke rumah itu untuk memeriksa.
'Facebook satu-satunya wadah yang beliau ada di rumah. Secara kebetulan pula beliau dapat menggunakannya,' kata Sarjan Arnold.
Polis kemudian menangkap seorang lelaki, Troy Reed Critchfield, 33 tahun, dan memenjarakannya Sabtu lalu bagi siasatan berkaitan kesalahan menculik, meliwat, serangan teruk, keganasan rumah tangga, penyeksaan kanak-kanak, kejam terhadap haiwan dan kesalahan lain.
Rekod pihak penjara menunjukkan Critchfield pada mulanya enggan membenarkan polis memasuki rumah itu dan wanita tersebut menggelengkan kepala, menandakan 'tidak', apabila pegawai polis bertanya apakah beliau okey.
Selepas polis mengasingkan pasangan itu, wanita memberitau pegawai polis beliau dan anaknya tidak dibenarkan keluar rumah dan beliau beberapa kali dipukul, dicekik dan diseksa secara seksual sepanjang hampir lima hari.
Critchfield turut mengambil telefon bimbit beliau dan seorang kanak-kanak kurang upaya yang juga berada di rumah itu.
'Wanita itu mendakwa setiap kali beliau pergi ke pintu, lelaki itu menyerangnya,' ujar Sarjan Arnold kelmarin.
Wanita itu mengalami lebam-lebam, tetapi enggan pergi ke hospital bagi mendapatkan rawatan.
Critchfield masih ditahan di penjara.
Rekod mahkamah negeri Utah menunjukkan pada Disember tahun lalu dia mengaku salah terhadap tuduhan melakukan serangan teruk dan menghalang pengadilan berhubung satu insiden keganasan rumah tangga.
Seorang hakim menjatuhkan hukuman lima tahun penjara ke atas Critchfield, tetapi menggantung hukuman tersebut dengan hukuman penjara 120 hari dan probesen tiga tahun. -- AP.
Share this article :

Post a Comment