Mantan perdana menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, mengakui Malaysia pernah meminjam wang dari Bank Dunia ketika pentadbiran beliau, tetapi menegaskan bahawa beliau tidak pernah menulis kepada badan dunia berkenaan bagi mendapatkan dana tersebut.
Tiada surat mahupun permintaan bertulis dibuat oleh beliau kepada Bank Dunia, kata Dr Mahathir, semasa menjawab dakwaan daripada ketua pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bahawa beliau pernah berbuat demikian ketika krisis kewangan Asia pada 1999.'Jika Anwar boleh menunjukkan bukti sebaliknya, dia patut berbuat demikian. Jika tidak dia mesti bersumpah dengan Al-Quran di masjid bahawa dia tahu apa yang dia kata itu benar.'Saya bersedia bersumpah bahawa saya tidak pernah meminta pinjaman daripada Bank Dunia,' katanya dalam tulisan beliau pada laman blognya, www.chedet.co.cc, kelmarin.

Satu laporan laman berita Malaysiakini semalam memetik beliau sebagai berkata bahawa Malaysia enggan menerima dana pinjaman Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) daripada Bank Dunia kerana 'bantuan yang dikatakan itu akan memburukkan lagi keadaan'.Dr Mahathir mengambil alih kedudukan sebagai menteri kewangan, selepas beliau memecat Datuk Seri Anwar sebagai timbalannya pada 1998 sebelum bekas timbalan perdana menteri Malaysia itu dipenjarakan pada tahun yang sama.Menurut Dr Mahathir lagi, pinjaman sebanyak AS$300 juta ($392.4 juta) ditandatangani dengan Bank Dunia pada Jun 1998.Ketika itu Datuk Seri Anwar masih menjadi menteri kewangan Malaysia dan pinjaman itu adalah bagi pakej bantuan makanan, pendidikan tinggi dan program mikrokredit, tambahnya.Sebanyak AS$100 juta turut ditandatangani bagi bantuan teknikal pada Mac 1999 tetapi hanya AS$11.94 juta dikeluarkan.Pinjaman sektor sosial sebanyak AS$60 juta dihentikan selepas pengeluaran sebanyak AS$60,000, manakala satu pinjaman pendidikan turut dihentikan selepas sejumlah AS$244 juta dikeluarkan.Kedua-duanya telah diluluskan pada Mac tahun itu, selepas Datuk Seri Anwar dipecat daripada jawatan menteri kewangan, menurut laporan laman berita itu.
Post a Comment