Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia sentiasa memberi sokongan yang padu terhadap perjuangan rakyat Palestin.
Perdana Menteri berkata, kerajaan Palestin tahu bahawa pendirian Malaysia terhadap isu-isu melibatkan Palestin sentiasa konsisten walaupun ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini dilaporkan memberi sokongan kepada Israel.
"Saya tahu dan saya berpendapat Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) tahu bahawa itu (sokongan kepada Israel) bukanlah pendirian kita.
"Mereka (rakyat Palestin) tahu kerajaan Malaysia selama ini menyokong kuat perjuangan Palestin dan akan terus memberi sokongan padu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Minggu Pembinaan Antarabangsa di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas sama ada Malaysia akan mengeluarkan kenyataan yang jelas mengenai kekecewaan yang diluahkan oleh pihak berkuasa Palestin berhubung kenyataan Anwar mengenai Israel itu. - BERNAMA

Post a Comment