Home » » Najib gesa masyarakat india "Nambikei " pada dirinya.

Najib gesa masyarakat india "Nambikei " pada dirinya.

Datuk Seri Najib Tun Razak semalam menggesa masyarakat India Malaysia supaya meletakkan 'kepercayaan atau nambikei' kepada beliau untuk memperbaiki masa depan kehidupan mereka menjelang pilihan raya umum ke-13 negara itu yang akan datang.
 
'Untuk menunjukkan keikhlasan pihak kerajaan, saya ingin mengumumkan bahawa RM2 juta akan diperuntukkan bagi membina sebuah pusat kebudayaan,' kata beliau, sambil ditepuk sorak hadirin di majlis tersebut.
Kuil Muruga di Batu Caves itu sering menarik kunjungan ribuan penganut Hindu dan pelawat semasa perayaan Thaipusam setiap tahun.
Turut hadir termasuk Presiden Konges India Malaysia (MIC), Datuk Seri G Palanivel; isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Dalam Negeri Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon; dan bekas presiden MIC dan Utusan Khas (prasarana) ke India dan Asia Selatan, Datuk Seri S. Samy Vellu.

Datuk Seri Najib turut mengingatkan tentang Bantuan Rakyat '1Malaysia' (BR1M), bantuan sekolah RM100 dan baucar buku RM200 kepada pelajar yang diberikan kerajaan.
Malaysia sedang bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umumnya yang ke-13, yang harus diadakan sebelum April tahun depan.
Barisan Nasional (BN) yang dipimpin oleh Datuk Seri Najib, perlu menunjukkan prestasi lebih baik daripada apa yang dicatatkan pada pilihan raya umum sebelumnya di negara itu pada Mac 2008, apabila ia kehilangan empat lagi negeri di semenanjung Malaysia - iaitu Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor - kepada Pakatan Rakyat (PR).
Ini selain daripada kegagalan parti memerintah menguasai semula Kelantan daripada pakatan pembangkang.

Datuk Seri Najib juga mengumumkan peruntukan sejumlah RM2 juta ($827,600) bagi pembinaan pusat kebudayaan India di kawasan tapak kuil itu.
'(Jika) kamu tolong saya, saya akan tolong kamu. Nambikei. Kamu percaya saya, dan saya percaya kamu,' kata Perdana Menteri itu kepada hadirin sebuah pesta Thaipusam di kuil Batu Caves, di sini, semalam.

Share this article :

Post a Comment