Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, membayangkan bahawa parlimen negara itu mungkin dibubarkan seawal Mei ini bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) diadakan dalam tempoh 60 hari selepas itu sama ada pada Mei atau Jun, lapor sebuah akhbar tempatan.
Justeru, Tan Sri Abdul Aziz berkata beliau berharap Datuk Seri Najib akan memberikan tempoh beberapa bulan kepada ahli panel SPR berbincang dan melaksanakan penambahbaikan proses pilihan raya seperti dicadangkan oleh PSC.
'Saya bukan mengatakan Perdana Menteri tidak akan membubarkan Parlimen seawal Mac ini kerana beliau berhak berbuat demikian.
'Bagaimanapun, saya percaya Perdana Menteri akan menunggu semua cadangan PSC dilaksanakan oleh SPR sebelum menghadap Yang Di-Pertuan Agong untuk memohon Parlimen dibubarkan kerana penubuhannya adalah sebahagian daripada transformasi politik yang dijanjikan beliau sendiri,' jelas Tan Sri Abdul Aziz, dalam laporan akhbar itu.
'Jika Perdana Menteri terus berdiam diri dan tidak jumpa Yang Di-Pertuan Agong untuk menasihatkan baginda supaya membubarkan Parlimen, Dewan Rakyat akan bubar secara automatik apabila tempohnya tamat pada 28 April 2013.
'Berikutan itu SPR mempunyai masa 60 hari untuk mengadakan pilihan raya umum,' katanya lagi kepada BH.
Tan Sri Abdul Aziz, bagaimanapun, berkata jika Datuk Seri Najib mengumumkan pembubaran parlimen pada Mac ini, semua pengundi yang berdaftar pada suku pertama tahun ini tidak boleh mengundi kerana SPR memerlukan sebulan sesetengah untuk mewartakan nama mereka.
Sebelum ini, PSC telah mengemukakan 10 saranan kepada SPR untuk menambah baik sistem dan proses pilihan raya.
Tujuh daripadanya telah dipersetujui dan boleh dilaksanakan SPR yang antaranya termasuk penggunaan dakwat kekal, pengundian lebih awal bagi polis dan tentera serta pembersihan senarai nama pengundi.
Ini, menurutnya, kerana Jawatankuasa Pilihan Khas Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (PSC) hanya dijangka selesai mengemukakan semua cadangannya ke Dewan Rakyat bagi dilaksanakan SPR pada April ini.
Satu laporan akhbar Berita Harian semalam memetik Tan Sri Abdul Aziz sebagai berkata bahawa Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, tidak mungkin membubarkan parlimen negaranya dalam masa terdekat.
Post a Comment