Home » » Harga Minyak : Indonesia naik, Malaysia kekal .

Harga Minyak : Indonesia naik, Malaysia kekal .

Di Indonesia dilaporkan Pihak polis melancarkan gas pemedih mata dan meriam air ke arah ribuan pembantah yang membaling batu ke arah mereka dalam satu protes besar-besaran terhadap kenaikan lebih 30 peratus harga minyak hingga  menyebabkan sebilangan perusuh mengalami  kecederaan  dan dikejarkan ke hospital-hospital.


Beberapa penggubal dasar berkata pemerintah Indonesia  tidak mempunyai pilihan selain mengurangkan subsidi minyak yang menjejas belanjawan negara, yang sejak bertahun-tahun membolehkan para pemilik kenderaan mengisi minyak mereka dengan harga US D $2  bagi setiap gelen (3.8 liter).


Yang lain pula berhujah bahawa menaikkan harga minyak akan menambah seganda kadar inflasi di negara itu kepada 7 peratus.
Dengan kenaikan harga minyak, sebahagian besar rakyat Indonesia sedar mereka tidak banyak pilihan lain. Jika kenaikan harga minyak diluluskan, ia akan berkuat kuasa Ahad ini.
Kawalan keselamatan amat ketat di Jakarta. Seramai 20,000 askar dan polis dikerahkan di tempat-tempat utama termasuk Istana Presiden.

'Kami menolak rancangan kenaikan harga minyak,' laung ketua protes, Akhmad Suhaimi, kepada perhimpunan dekat istana itu. Kos kesemuanya, daripada makanan kepada pengangkutan dan bekalan elektrik, akan naik, laungnya lagi.

Kebanyakan demonstrasi semalam agak aman tetapi di Jakarta dan Makasar, ribuan pembantah menghalang jalan raya, membakar barangan dan membaling batu ke arah pasukan polis. 

Di Malaysia walaupun negara bukan termasuk  kelompok negara pengeluar minyak  (OPEC) sebagaimana Indonesia, tetapi kebijaksanaan kerajaan dengan terus memberikan subsidi kepada harga minyak bagi pengguna dengan harga petrol RON95 dikekalkan dengan harga  RM1.90 seliter .
Dalam satu kenyataaan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, harga itu dapat dikekalkan selepas kerajaan menambah subsidi sebanyak 10 sen bagi bulan ini iaitu kepada RM1.03 seliter.

"Langkah ini perlu bagi memastikan rakyat tidak dibebani kesan sampingan berikutan kenaikan harga minyak global.
"Kerajaan masih mengekalkan subsidi itu kerana kita tahu kalau tidak dikekalkan, harga barangan lain termasuk yang tidak ada kaitan dengan minyak akan naik sebab apabila kos pengangkutan meningkat, ia akan dimasukkan dalam harga barangan," katanya.

Sebagai warganegara Malaysia, adalah seharusnya kita bertuah kerana memiliki kerajaan dan pimpinan yang cakna dan prihatin dengan masalah rakyat.

Konsep “Pencapaian diutamakan rakyat didahulukan” diaplikasikan dalam seluruh tindakan kerajaan. Bayangkan jika pembangkang seperti Parti Keadilan  Rakyat dan DAP  yang memerintah kerajaan, nescaya ini semua tidak akan berlaku kerana prinsip Parti pembangkang tersebut ialah kebebasan sepenuhnya dalam ekonomi.

Lihat apa terjadi kepada sector hartanah di kedua negeri tersebut, disebabkan permintaan tinggi golongan kapitalis padang awam, rumah ibadat banyak ditukarkan status menjadi kawasan pembangunan elit.

Pembangkang di Selangor dan Pulau Pinang dilihat tunduk kepada dewan perniagaan dan puak kapitalis yang dkuasai oleh kaum tertentu.

Oleh yang demikian apalah yang  boleh diharapkan jika mereka menguasai kerajaan Pusat, impinan untuk menurunkan harga hanyalah angan- angan kosong sahaja.


Share this article :

Post a Comment