Home » » Berita baik untuk Pemandu Teksi dari Najib

Berita baik untuk Pemandu Teksi dari Najib


Ada 'berita baik' untuk rakyat Malaysia, termasuk kira-kira 40,000 pemandu teksi di negara itu, yang bakal diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, dalam masa terdekat, demikian menurut timbalannya, semalam.


Bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, tidak mahu mendedahkan butir-butir berita baik itu selain daripada mengatakan bahawa ia dapat membantu mengurangkan beban rakyat Malaysia.
'Saya memang suka berkongsi berita baik ini sekarang juga. Saya rasa adalah baik bagi kita menunggu Perdana Menteri membuat pengumumannya,' kata beliau, yang mengundang tepukan gemuruh daripada kira-kira 2,000 peniaga kecil dan pemandu teksi di Taman Ria di sini, semalam.

Bagaimanapun, Tan Sri Muhyiddin berkata pengumuman tersebut adalah sesuatu yang sudah dirancang Datuk Seri Najib dan dirinya sendiri, yang membolehkan pihak kerajaan Malaysia membantu rakyatnya.
Semasa acara tersebut, Tan Sri Muhyiddin juga mengumumkan satu bantuan berjumlah RM120,000  bagi 12 pengendali kereta sewa dan persatuan-persatuan pemandu teksi di Kedah.
Beliau berkata setiap persatuan akan menerima RM10,000 bagi membantu mereka menganjurkan lebih banyak kegiatan kepada para anggotanya.
Beliau turut mengumumkan bantuan RM10,000 bagi setiap satu daripada 12 cawangan peniaga kecil di seluruh negeri itu.
Tan Sri Muhyiddin sedang melakukan lawatan sehari ke Kedah.
Beliau juga menemui para petani di kilang NPK Sdn Bhd di Gurun, sekitar 11.15 pagi semalam.
Pada sebelah petang semalam, Tan Sri Muhyiddin turut menemui kira-kira 2,000 anggota daripada persatuan ibu bapa sekolah-sekolah bantuan Cina dan Tamil di Kedah di Sekolah Menengah Kebangsaan Cina  Keat Hwa 2 di Alor Star, dekat sini.
Beliau juga menghadiri satu mesyuarat bersama 5,000 nelayan di kompleks Penguasa Kemajuan Perikanan Malaysia di Kuala Kedah sebelum berlepas ke Kuala Lumpur. -- 

Share this article :

Post a Comment