Home » , » 3 Mahasiswa UM digantung 1 sementer

3 Mahasiswa UM digantung 1 sementer


Tiga pelajar Universiti Malaya (UM) yang terlibat dalam demonstrasi menentang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bulan lalu digantung satu semester serta-merta.

Mereka, yang dihadapkan ke jawatankuasa tatatertib universiti semalam, turut diberi amaran keras dan didenda tidak lebih RM200  kerana dituduh memalukan universiti dan mengganggu ketenteraman awam.
Tiga pelajar itu - Mohd Syahid Mohd Zaini, Muhammad Safwan Anang dan Haziq Abdullah Abdul Aziz - hadir dalam prosiding tatatertib itu.Mohd Syahid pelajar tahun akhir jurusan sains politik Islam, sementara Muhammad Safwan pelajar tahun tiga jurusan pendidikan islam.

Kedua-duanya daripada Akademi Pengajian Islam.Haziq Abdullah pula pelajar tahun pertama jurusan undang-undang.Ketiga-tiga mahasiswa itu diwakili pensyarah Fakulti Undang-undang, Profesor Azmi Sharom, semasa berdepan dengan jawatankuasa tatatertib itu, lapor Malaysiakini.Pada 14 April lalu, sekitar 500 mahasiswa berhimpun menuntut pendidikan percuma dan pinjaman PTPTN dimansuhkan.Mereka turut mengalungkan bunga malai pada gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, di perhimpunan tersebut.Ketika dihubungi Malaysiakini semalam, Mohd Syahid berkata dia tidak berpuas hati dengan hukuman tersebut memandangkan ia kes pertama mereka selepas pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku).'Kami boleh timbang (untuk menerimanya) sekiranya diberi amaran.'Sewaktu perhimpunan, polis tidak mengeluarkan apa-apa amaran.'Perlembagaan menjamin hak rakyat untuk bersuara dan berhimpun,' katanya sambil mendakwa anggota jawatankuasa tatatertib turut mengakui peruntukan itu.Mereka dijangka membuat rayuan terhadap hukuman tersebut.- cyberita
Share this article :

Post a Comment