Home » , » Rihlah Ilmiah : Mengenali tokoh ilmuan Malaysia masa hadapan

Rihlah Ilmiah : Mengenali tokoh ilmuan Malaysia masa hadapan

oleh Faizal A.

Membaca buku  Rihlah Ilmiah  “ Dari Neomodernisme ke Islamisasi Ilmu Kontemporeri” memberi  pengalaman baru kepada peminat ilmu untuk menyingkap perjalanan kehidupan  yang hebat seorang tokoh bernama Wan Mohd Nor Wan Daud.

Beliau yang dianggap antara tokoh ilmuan masa depan  di Malaysia ini merupakan anak didik kepada tokoh ulung negara  yang perna diberi gelaran Tokoh Melayu Terulung iaitu Prof . Dr . Syed Muhamamad Naquib Al-Atass.

Kesempatan menghadiri majlis perasmian buku beliau di Dewan Bahasa Dan Pustaka oleh Naib Canselor UTM Prof. Ir. Dr.  Zaini  Ujang beberapa minggu lalu merupakan pengalaman paling bermakna bagi penulis untuk mengenal lebih mendalam siapa  sebenarnya Wan Mohd Noor Wan Daud.

Buku ini dihasilkan secara kreatif dan lain daripada karya terbitan biasa kerana ini berkongsep wawancanra diantara Dr.Adian Husaini dengan Prof Wan Mohd Nor Wan Daud. Ia bermula dari kisah pengembaraan kehidupan bermula di Tanah Merah Kelantan hinggalah berjaya  melanjutkan Pengajian Ke Northern Illionis University (NIU) Amerika Syarikat.

Dari situ kehidupan beliau dikembangkan melalui penglibatannya dengan pertubuhan-pertubuhan pelajar islam  spserti MSIG sewaktu menuntut di Amerika.
Di dalam buku tersebut juga diceritakan pengalaman dirinya bersama dengan tokoh Fazlur Rahman, Ismail Faruqi dan Syed Hossien Nasr dan yang lebih penting diceritakan bagaimana proses  hubungan dirinya dengan Prof Syed Naquib Al-Atass bermula.

Pembabitan  dirinya di International Institute of Islamic Thouht and Civilization  (ISTAC) juga diceritakan secara detail.  Sebenarnya  adalah  tidak rugi membaca buku ini kerana melaluinya kita akan dapat memahami  bagaimana garapan gerakan islam moden di Indonesia, India, Amerika Syarikat dan Malaysia dimulakan. Dan yang lebih menarik kebanyakan tokoh-tokoh yang tertulis didalam buku ini merupakan tokoh yang memainkan peranan penting dalam usaha cuba melebarkan keagungan islam di seluruh dunia, waaupun ada tokoh-tokoh yang disebut merupakan tokoh kontroversi tetapi Prof. Wan berjaya membincangkan dari sudut akademik bukannya mencari salah tokoh-tokoh tersebut.

Selamat membaca...
Share this article :

Post a Comment