Home » » Ambiga : hak saya diganggu oleh penjual Burger

Ambiga : hak saya diganggu oleh penjual Burger

Pengerusi BERSIH Ambiga Sreenevasan berang apabila kumpulan peniaga yang membantah penganjuran himpunan  BERSIH telah membuka gerai dihadapan rumahnya di Bukit Damansara selama sejam pada hari ini.

 Bercakap dalam satu sidang akhbar di depan rumahnya, Ambiga berkata perbuatan tersebut telah mengganggu ketenteraman peribadi dan kawasan kejiranannya.
Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS), merupakan kumpulan peniaga yang mahu menuntut gantirugi kerana mendakwa alami kerugian sewaktu himpunan BERSIH pada 28 April .


Ambiga dalam kenyataannya juga menyatakan turut kesal dengan tindakan mereka yang dilihat seolah-olah tidak mencerminkan keperibadian rakyat Malaysia.

"Tindakan ini adalah perbuatan yang tidak matang. Adakah patut duduk di luar rumah orang seperti ini?


"Sesiapa sahaja boleh membuat tuntutan tetapi bukan dengan cara datang ke rumah saya seperti ini.



"Perkara begini tidak pernah lagi terjadi di Malaysia kecuali pada (Ketua Menteri Pulau Pinang) Lim Guan Eng dan saya," katanya kepada media.


Sebelum ini Ambiga dan kumpulan BERSIH telah melaksanakan himpunan BERSIH dan duduk di Dataran Merdeka dan kawasan strategik du pusat bandaraya Kuala Lumpur.
Share this article :

Post a Comment