Home » » Anuar Musa dan Transformasi KAFA

Anuar Musa dan Transformasi KAFA

Akhirnya Kelantan dapat memiliki Piala FA selepas 3 kali mencuba dengan menewaskan Sime Darby FC 1 menerusi jaringal penalti Muhammad Ghaddar 1-0. Pada 2009, Kelantan tewas 1-4 kepada Selangor pada penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 sehingga tamat masa tambahan.
Manakala musim lalu, Kelantan terus kempunan mendakap Piala FA apabila tewas 1-2 kepada jiran tetangga, Terengganu pada aksi final penuh dramatik di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Kejayaan Kelantan menjulang Piala FA yang baharu itu malam tadi diraikan bersama kira-kira 67,000 penyokong setia The Red Warriors yang hadir ke stadium.

Dan kejayaan itu melengkapkan koleksi piala-piala yang dimiliki dalam kejuraan tempatan, sebelum ini pasukan The Red Warriors tersebut memenangi Piala Malaysia buat julung kalinya  dibawah  2010 jurulatih B. Sathianathan, sementara pada tahun 2011 dapat mendakap  Piala Sumbangsih & Piala Liga Super dibawah kendalian Dato' M. Karathu, dan kini dibawah jurulatih Bojan Hodak mereka memiliki Piala FA yang baru pula.
Watak penting kejayaan Kelantan ini sebenarnya bukanlah disebabkan jurulatih sahaja tetapi peranan besar yang dimainkan oleh Presiden  Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Anuar Musa, tranformasi kepimpinannya menyaksikan Kelantan berubah dari berada di liga bawahan kejohan bolasepak anjuran FAM dan kini berada sebagai kuasa besar bolasepak Malaysia di liga Super, malah pada tahun ini Anuar Musa pernag mengungkapkan mahu menjadi pencabar baru dalam saingan peringkat Asean dan Asia khususnya penglibatan dalam kejohanan AFC.
Penglibatan Tan Sri Anuar Musa dalam KAFA juga menyebabkan adanya perasaan cemburu pada pelbagai pihak, antaranya kepada Kerajaan negeri Kelantan yang ditadbir oleh PAS. Manakan tidak cemburu kejayaan demi kejayaan yang diraih walaupun tidak mendapat kerjasama kerajaan negeri dalam membangunkan pasukan boleh menyebabkan imej kerajaan negeri tercalar.
Paling menarik usaha transformasi Tan Sri Anuar Musa ini hanya dilakukan dalam tempoh beberapa tahun sahaja. Semenjak menerajui tampuk kepimpinan KAFA, sememangnya prestasi pasukan negeri Cik Siti Wan Kembang telah meningkat hampir 300% di mana sebelum ini pasukan Kelantan hanya pasukan belasahan jika dibandingkan dengan pasukan-pasukan gergasi seperti Selangor, Pahang, Perak dan Perlis.
Pasukan Kelantan sebelum Anuar Musa pernah terpaksa beraksi di Liga FAM iaitu liga terbawah dalam sistem Liga Malaysia pada tahun 2005. Berbekalkan kesungguhan pasukan Kelantan akhirnya dapat memasuki Liga Perdana pada tahun 2006 sehinggalah pada tahun 2008. Pada tahun 2009, Kelantan sebenarnya bernasib baik dapat memasuki Liga Super walaupun berada pada kedudukan ke-3 di dalam Liga Perdana.
Namun, kesungguhan Tan Sri menaikkan kembali bolasepak Kelantan sesungguhnya menampakkan hasil pada tahun 2009 apabila berjaya menarik pelbagai tajaan ke dalam pasukan Kelantan. Antara yang dapat di bawa masuk adalah penerbangan AirAsia yang pernah menjadi satu-satunya pasukan tajaannya sebelum ini.
Dan kini DIGI ( Happy Prepaid), MASTERSKILL, MAMEE, AL-JABBAR dan SINAR HARIAN merupakan antara sponsor utama pasukan Kelantan. Menariknya pada masa yang sama masih banyak lagi pasukan liga lain masih lagi bergantung kepada sumbangan kerajaan negeri untuk menguruskan pasukan.
Dan kini di Kelantan rakyatnya bukan lagi berbicara mengenai isu politik didendangkan PAS, tetapi isu bola telah banyak mewarnai kehidupan di negeri tersebut. Kegilaan rakyatnya terhadap bolasepak menyebabkan kerajaan negeri terpaksa memberikan cuti khas kepada pasukan Kelantan sekiranya beraksi di Final mana-mana kejohanan Piala FA.
Sebenarnya inilah yang dirisaukan pimpinan PAS Kelantan, kejayaan Anuar Musa mentransformasikan Kelantan menyebabkan ada dikalangan pimpinan PAS risau sekiranya pengundi Kelantan terfikir bahawa “sekiranya dalam masa singkat Anuar Musa mampu menukar wajah Team bola Kelantan menjadi team terhebat di Malaysia, bagaimana agaknya kalau pimpinan Kerajaan negeri Kelantan juga diperintah oleh kumpulan yang sama dengan Anuar Musa”. Kata-kata tersebut menjadi igauan ngeri pada pimpinan kerajaan negeri.
Oleh sebab itu kalau kita perhatikan tatkala rakyat Kelantan leka dengan kejayaan Bolasepak , secara tiba-tiba akan ada program baru dilaksanakan kerajaan negeri untuk menghentikan momentum tersebut.
Pada masa ini Kelantan merupakan kubu kuat PAS di Malaysia dan kekalahan parti tersebut di Kelantan akan memberi impak besar pada kekuatan parti tersebut. Manakala pimpinan tertinggi KAFA 80 peratus ditunjangi oleh ahli UMNO Kelantan.
Share this article :

Post a Comment