Home » » Kelamahan tadbir urus ekonomi : Perancis & Greece

Kelamahan tadbir urus ekonomi : Perancis & Greece


PASARAN saham di Asia serta nilai euro menjunam semalam selepas para pengundi di Perancis dan Greece tidak memilih parti-parti yang memerintah, sebagai tindak balas terhadap usaha memotong perbelanjaan negara masing-masing bagi mengatasi krisis di zon euro.

Turut memberi tamparan kepada pasaran adalah perangkaan pekerjaan di Amerika minggu lalu yang menimbulkan kebimbangan mengenai tahap pemulihan ekonomi terbesar dunia itu.


Saham di Singapura merosot 2.19 peratus atau 65.64 mata kepada 2,924.95.
Di Tokyo, saham menguncup 2.78 peratus, Hongkong pula mengalami kerugian sebanyak 2.61 peratus sementara dana-dana di Sydney mengecut 2.16 peratus.
Nilai euro pula mencapai kadar terendah, AS$1.2954  sejak Januari lalu pada awal perdagangan semalam sebelum ditutup pada AS$1.3017.

Menurut laporan AFP semalam, parti pimpinan Presiden Perancis, Nicholas Sarkozy, disingkirkan oleh parti Sosialis pimpinan Francois Hollande, yang berkempen merangsang pertumbuhan dan bukan memperkenalkan pemotongan perbelanjaan besar-besaran bagi mengatasi defisit negara.

Sarkozy dan Canselor Jerman,  Angela Merkel, telah giat memajukan usaha pemotongan bajet di Eropah sebagai satu-satunya cara mengeluarkan rantau itu daripada krisis, sekali gus menimbulkan keprihatinan bahawa projek itu mampu runtuh.
Share this article :

Post a Comment