Oleh : Helen Ang (Sumber)
Rupa-rupanya pemberita ini adalah pengerusi kesatuan wartawan (NUJ) Star.
Adakah anda hairan mengapa The Star yang dimiliki MCA sering menyiarkan berita yang condong kepada DAP?
Misterinya sudah terjawab.
Meskipun MCA sebagai tuanpunya akhbar adalah berperanan majikan namun parti itu tetap dijadikan bahan perli oleh kakitangan jentera medianya sendiri sewaktu berlawak dengan politikus pembangkang di Twitter.
Seperti yang sudah diketahui umum, The Star berat sebelah dan tidak memandang kepada Wanita MCA serta Beliawanis.
Saban minggu yang wajib ada itu warta Hannah dan ianya mesti disampaikan beberapa kali seminggu. Ambil contoh liputan yang diberikan Star kepada Adun Subang Jaya DAP selama 3 hari berturut-turut baru-baru ini (screenshot bawah).
The Star: ‘Pied-pipers of Subang Jaya’
The Star: ‘Another guard slashed by four men in Subang Jaya‘
Orang Subang Jaya tangkap tikus, The Star mahu mewawancara Hannah Yeoh. Jual kucing (Selcat) pun The Star mahu sebut nama Hannah Yeoh walaupun jawatankuasa itu mempunyai seramai 7 orang ahli (sesetengah anggota Selcat yang lain itu tidak pula dirasakan perlu untuk Starmenyebut nama mereka).
Jalanraya sesak The Starmahu menemuramah Hannah Yeoh. Banjir The Star mahu memetik pendapat dewi alam itu. Kalau dunia kiamat punThe Star pasti akan terkinja-kinja dengan mantera keramat Hannah.
Malah sampul angpow Hannah Yeoh yang dicetak dengan ayat Bible surah the Book of Proverbs juga telah dilaporkan oleh Star walhal kaum Tionghua menyambut Tahun Baru Cina tetapi Si Hannah senantiasa mood Krismas.
Nama Hannah Yeoh diselitkan ke dalam laporan Star hari Khamis lepas mungkin gara-gara pemberita Star tersebut rakan Twitter Hannah Yeoh. Teh Eng Hock itu nampaknya satu geng Twitter dengan para wartawan Selangor Times danMalaysiakini.
Lihat screenshot (bawah) balas-membalas Tweet pemberita Star Teh Eng Hock.
Gan Pei Ling ialah wartawan Selangor Times yang kerap memberi publisiti kepada Hannah Yeoh serta pernah menerima anugerah cek daripada Ng Wei Aik (klik siniuntuk tengok gambar).
Post a Comment