Home » » 2.9 juta pengundi baru pilih BN atau PR?

2.9 juta pengundi baru pilih BN atau PR?


 Buat kali pertama, jumlah pengundi baru yang berdaftar mencatat rekod dan  dikatakan bakal memberi kesan besar ke atas pilihan raya umum (PRU) ke-13 Malaysia yang mesti diadakan sebelum hujung April tahun depan.
Jumlah pengundi baru adalah 2.9 juta orang dan mereka membentuk satu perlima atau 22 peratus daripada keseluruhan 13.1 juta pengundi di negara itu.
Kedua-dua parti, Barisan Nasional (BN) yang memerintah dan pembangkang Pakatan Rakyat, dijangka memberi fokus pada pengundi baru ini dalam kempen masing-masing.
Sejumlah 2,920,828 rakyat Malaysia berdaftar sebagai pengundi baru dari 2008 hingga 30 Jun lalu.

"Ini jumlah paling tinggi pernah dicatatkan. Sejak empat tahun lalu, kami telah cuba mengurangkan jumlah pengundi yang tidak berdaftar di Malaysia," kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar, kepada akhbar The Star.
Menurut beliau, jumlah pengundi baru berusia di bawah 39 tahun hampir sama dengan bilangan pengundi baru berusia 40 tahun ke atas.
"Tidak boleh dinafikan bahawa pengundi baru ini akan memberi impak yang cukup besar pada PRU-13 walaupun terdapat pengundi muda atau warga emas dalam setiap undi yang dikira," kata Datuk Wan Ahmad.
Sejumlah 155,420 rakyat Malaysia mendaftar sebagai pengundi pada 2008 dan jumlah itu meningkat kepada 279,270 pada 2009; 826,462 pada 2010 dan 1,221,635 tahun lepas.
Seramai 438,041 orang mendaftar sebagai pengundi sepanjang 1 Januari hingga 30 Jun lalu.

Share this article :

Post a Comment