Home » , » Kenapa PAS diketepikan jawatan EXCO kanan Selangor?

Kenapa PAS diketepikan jawatan EXCO kanan Selangor?

Kejutan berlaku di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam, apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi, dilantik sebagai exco kerajaan negeri itu menggantikan Datuk Dr Hasan Ali.
 
Sebelum ini, PAS Selangor sebulat suara mencadangkan Dr Abdul Rani, yang juga Adun Meru, menggantikan Dr Hasan, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, yang dipecat keanggotaannya.

Malah, Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman, kelmarin menafikan bahawa dakwaan adanya perselisihan dengan Istana bakal menjejaskan peluang Dr Abdul Rani dilantik sebagai exco.

Namun, akhbar Utusan Malaysia kelmarin melaporkan Dr Abdul Rani mungkin menghadapi kesukaran mendapat perkenan Sultan Selangor untuk dilantik sebagai exco, berikutan pertikaiannya berhubung isu tauliah mengajar agama selain kritikan beliau terhadap pengagihan bantuan zakat oleh Majlis Agama Islam Selangor kepada kerajaan negeri Perlis

Dr Ahmad Yunus mengangkat sumpah jawatan dan taat setia di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, pagi semalam, disaksikan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, dan barisan ahli majlis mesyuarat yang lain.

Keputusan itu dilihat mengetepikan calon pilihan ramai, iaitu Pesuruhjaya Parti Islam SeMalaysia (PAS) Selangor, Dr Abdul Rani Osman.
Share this article :

Post a Comment