Oleh M. Effendy A. Hamid
Hakikatnya, penduduk Cina telah lama menyumbang kepada pembangunan Amerika sejak zaman pembinaan rel kereta api di Pantai Barat.
Malah Datuk Bandar Honolulu, Peter Carlisle, juga memberikan ucap selamat kepada masyarakat Cina di Hawaii yang menurutnya memberi sumbangan penting.
Saya masih ingat lawatan pertama saya ke Chinatown di Honolulu.
Ia memang tempat utama pelajar Asia mendapat bekalan makanan mereka. Sebabnya, lebih murah memasak sendiri dan harga barangan lebih rendah di Chinatown. Di sinilah banyak orang Asia berinteraksi dan Ahad ialah hari yang tersibuk dengan penjual Cina, Vietnam, Laos dan Filipina datang berdagang pada hari itu.
Diaspora atau tebaran Cina sering menjadi topik perbahasan para penyelidik. Saya masih ingat berbahas dengan kawan-kawan Amerika di dalam kelas - Sejarah Dunia dan kepentingan masyarakat diaspora.
Kelas ini diajar oleh Dr Jerry Bentley, mahaguru di Universiti Hawaii di Manoa dan antara sejarawan terkenal di dunia dalam bidang Sejarah Dunia.
Kami cuba menilai kepentingan Diaspora Cina kepada pembangunan Sejarah Dunia dan bagaimana mereka mampu menyesuaikan diri dalam tempat asing dan berjaya dalam begitu banyak bidang.
Saya sentuh sejarah orang Cina di Hawaii dan membandingkannya dengan pengalaman masyarakat Cina dalam sejarah Singapura. Kedua-dua kelompok masyarakat tersebut membentuk Chinatown yang membolehkan mereka lebih berakar dari segi ekonomi, sosial, budaya.
Saya dapati tumpuan masyarakat di Chinatown membenarkan pembentukan struktur lain yang menjadi benteng pemulaan kejayaan masyarakat diaspora:
Pertama, pasaran seumpamanya diperlukan untuk menyediakan penduduk dengan makanan, pakaian dan keperluan lain.
Kedua, pembangunan pelbagai kumpulan sosial dan ini mewujudkan keperluan sebuah struktur pentadbiran bagi mengurus masyarakat (biasanya kumpulan gelap dalam konteks penjajah).
Ketiga, budaya memerlukan ruang untuk diluahkan dengan cara sambutan tradisi yang menguatkan identiti Cina.
Semua ini boleh menjelaskan kejayaan orang Cina dalam mengukuhkan komuniti mereka di seluruh dunia. Masyarakat Cina berjaya menubuhkan struktur budaya, ekonomi dan sosial yang mempertahankan asas identiti mereka.
Antara sebab kejayaan orang Cina di Hawaii ialah keupayaan mereka bekerjasama dengan Diaspora Cina. Laporan The Straits Times pada 6 September 1959 melaporkan ziarah Presiden Dewan Perdagangan Cina Hawaii, Leonard D.Y. Wong, dalam misi kunjungan Timur Jauh untuk berbincang mengenai peluang perdagangan.
Wong menggesa peniaga Singapura agar melabur di Hawaii. Memandangkan permintaan yang besar bagi filem Cina di Hawaii pula, perbincangan dimulakan dengan ketua organisasi Shaw Brothers, Encik Run Run Shaw, membuka cawangan Shaw Brothers di Hawaii bagi menghasilkan filem-filem Cina.
Beliau dibesarkan di kawasan McCully, Honolulu, bersama adikberadiknya.
Encik Wong lulusan Sekolah Tinggi McKinley dan belajar di Universiti Hawaii dan Universiti California di Berkeley.
Maklumat mengenainya membuatkan saya berfikir panjang.
Menurut Dr Ralph Kuykendall dalam buku bertajuk Hawaiian Kingdom 1874-1893 - the Kalakaua Dynastism (terbitan University of Hawaii Press, 1967), menjelang 1882 penduduk Cina mencecah 13,500 orang. Sekitar 5,000 orang Cina yang bekerja di ladang gula, sejumlah besar terlibat dalam penanaman padi dan bakinya bekerja dalam penanaman sayur-sayuran dan perkhidmatan domestik.
Berdasarkan maklumat ini, tidak lama kemudian orang Cina di Hawaii kian kukuh kedudukan mereka. Daripada pendatang miskin dalam abad ke-19, mereka kemudian menjadi kaya di Hawaii.
Kejayaan itu membolehkan mereka menubuhkan jaringan ekonomi dengan Diaspora Cina di seluruh dunia termasuk Singapura.
Pengalaman Diaspora Cina boleh menjadi pengajaran kepada rumpun Melayu yang bertebaran di Surinam (Amerika Selatan), Afrika Selatan, Britain, Sri Lanka dan sebagainya.
Harian yang sudah tiada lagi, The Singapore Free Press, pada 13 Januari 1958 melaporkan bahawa 2,000 orang Melayu Singapura daripada sembilan kampung di kawasan Sungai Jurong menghadapi kesusahan besar.
Ketika itu, pemerintah bercadang membuka rizab alam semula jadi Ulu Pandan kepada penternak kolam udang yang lain. Ini tentulah menjejas 400 nelayan dan tanggungan mereka yang sekitar 1,000 jiwa. Mereka dilaporkan terlalu miskin kerana hasil jualan tangkapan ikan hanya 60 sen sehari.
Apakah sebabnya?
Antara lain, hal ini memancarkan pentingnya budaya mengejar ilmu, rajin dan sanggup rukun serumpun bagi orang Melayu demi meningkatkan harga diri mereka - macam Diaspora Cina.
Lawatan Wong di sini memang menarik kerana beliau ialah generasi pertama pendatang Cina ke Hawaii. Beliau lahir pada 3 Ogos 1920 di Honolulu dan merupakan anak pertama pasangan Wong Buck Hung dan Yun Sum Ching Wong.
BESAR maknanya ketika Presiden Barack Obama, kelmarin, menyampaikan ucap selamat Tahun Baru Cina kepada rakyat Amerika Syarikat.
Jelas, ini menunjukkan kehadiran penting masyarakat keturunan Cina yang sekitar 3.65 juta jiwa di negara 312 juta jiwa itu.

Post a Comment