Home » » Kami akan terus menfitnah ? - Nizar Jamaluddin

Kami akan terus menfitnah ? - Nizar Jamaluddin


Sebuah laporan berita dari negara jiran mendakwa Mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin telah disarankan oleh Tengku Razaleigh Hamzah supaya bersiap sedia untuk kembali mengambil alih Perak memandangkan Umno di negeri itu berkemungkinan tewas dalam pilihan raya umum akan datang.


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pasir Panjang itu menjelaskan, veteran Umno itu menasihatkan Pakatan Rakyat (PR) Perak supaya bersedia bagi perubahan kuasa di negeri tersebut.

'Terdapat khabar angin Umno Barisan Nasional (BN) mungkin hanya mampu mengekalkan tiga negeri sahaja dalam pilihan raya kali ini.

'Ku Li (Tengku Razaleigh) pernah memberitahu saya dalam perjumpaan kami pada 1 April di Ipoh untuk bersiap sedia menghadapi kemungkinan berlakunya peralihan kuasa di Perak,' kata Datuk Seri Mohammad Nizar.
Jelasnya, situasi itu dibuktikan dengan kekerapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Perak berbanding negeri lain.

Menurutnya, masyarakat di kawasan pedalaman sudah menolak Umno BN kerana mereka melihat Umno BN sudah tidak lagi mampu membawa suara mereka berhubung skandal Pusat Fidlot Nasional dan juga isu pembelian cincin isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Jelas pemimpin Parti Islam SeMalaysia (PAS) itu, kedua-dua isu tersebut bakal mengalih undi masyarakat pedalaman dan PR berkemungkinan bakal mengambil alih Perak.

'Kita akan terus gunakan isu-isu tersebut sebagai kempen pilihan raya. Rakyat peka dengan isu-isu seperti ini. Mungkin kita akan buat dua poster berkenaan isu-isu itu dan edarkan di Perak sebagai salah satu strategi kempen kami,' katanya ditukil Malaysian Insider.

Sementara itu, di sebalik keyakinan Umno BN untuk menawan Kelantan, Timbalan Pesuruhjaya III PAS negeri, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah, berkata parti Melayu terbesar itu 'dikira cukup baik' jika dapat mempertahankan tujuh kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi empat tahun lalu pada pilihan raya umum ke-13 nanti.
Jelas beliau, sukar bagi Umno-BN Kelantan merampas kerajaan negeri pimpinan Datuk Nik Aziz Nik Mat itu.
'Saya cakap pandangan peribadi saya, kalau Umno dapat mempertahankan tujuh kerusi itu sudah dikira cukup baik bagi Umno.

'Ada kemungkinan kita boleh ambil balik, kalau tidak semua kerusi, satu atau dua kerusi boleh ambil kalau kena gaya,' katanya.
Datuk Nik Mohd Amar berkata walaupun matlamat Umno-BN Kelantan sama seperti matlamat PAS-Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya, namun banyak sebab mengapa parti itu tidak boleh menawan Kelantan yang diperintah PAS sejak lebih 20 tahun lalu.

'Harapan Umno untuk rampas Kelantan, itu harapan dari dulu... macam kita mahukan Putrajaya. Kalau sekarang sukar bagi Umno kerana sokongan rakyat kepada PAS masih kukuh, tiada isu besar yang boleh ubah sokongan itu dan Umno sendiri berpecah... Umno Kelantan menghadapi perpecahan dalaman yang serius.

'Umno ada masalah dalaman, macam mana nak rampas Kelantan? Kalau tiada perpaduan sesama ahli macam mana nak menang seperti kes Umno Bahagian Tanah Merah yang kini sudah dibawa ke mahkamah,' katanya.

Sebelum ini, Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata partinya akan memberi tumpuan khusus kepada 23 kawasan DUN daripada 45 kerusi dalam usaha untuk merampas negeri itu daripada PAS pada pilihan raya umum nanti.


Share this article :

Post a Comment