Home » , » Naib Pengerusi DAP umum keluar Parti

Naib Pengerusi DAP umum keluar Parti

 Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, Naib Pengerusi DAP  seperti dilaporkan Malaysiakini mengambil langkah drastik istihar diri keluar dari Parti DAP dalam 
 satu kenyataan malam ini.  Tindakan itu dilihat sebagai jalan keluar pegeseran pandangan Tunku Aziz dengan pucuk pimpinan Parti DAP berkaitan dengan isu penganjuran BERSIH 3.0 pada hujung bulan lalu. 


Tunku Aziz tanpa disangka-sangka telah mengejutkan pemerhati politik tanah air apabila di Dewan Negara belia menyatakan tidak menyokong penganjuran BERSIH 3.0, satu tindakan menongkak arus dengan pimpinan DAP dan pembangkang seperti PAS dan PKR.



Sebelum ini sewaktu peringkat awal kemasukan dirinya ke dalam DAP, beliau telah memuji Parti DAP kerana dianggapnya tidak rasis dan parti yang penuh keterbukaan.


Tindakan Tunku Aziz ini dilihat oleh pelbagai pihak akan tidak menguntungkan DAP dan pakatan pembangkang kerana secara tidak lansung membuktikan pandangan UMNO dan pertubuhan PERKASA bahawa  DAP bukanlah parti yang mengaplikasikan Demokrasi sebenar kepada rakyat Malaysia.



Share this article :

Post a Comment