|

Profesor Kamal Hassan  |
Kesederhaan dalam Islam mengandungi tiga unsur iaitu adil, cemerlang dan seimbang
ISTILAH Islam moderat atau sederhana, atau dalam bahasa Arab, wasatiyyah, kian dikenal sejak sekitar 10 tahun lalu, terutama dalam menangani isu pengganasan.Ini menyusuli peristiwa serangan 11 September 2001 terhadap menara kembar Pusat Dagangan Dunia di New York, Amerika.Namun, apakah makna kesederhanaan?
Tan Sri Profesor Dr Muhammad Kamal Hassan menjelaskan pelbagai aspek kesederhanaan semasa menyampaikan ceramah mengenai Membentuk Sebuah Masyarakat Wasatiyyah Hari ini anjuran Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG) di Masjid Khadijah Sabtu lalu.Beliau berkata, Islam adalah agama sederhana yang terletak antara ekstremisme (sikap melampau) dan rendah akhlak (laxity).
Ia tidak menganjurkan pengganasan dan tidak pula kelekaan, sebaliknya agama yang menekankan salam (perdamaian/keamanan), toleran dan menghormati hak agama lain.Sumber utamanya adalah Al-Quran dan Sunah.'Tetapi sayangnya ada yang tidak memahami teks secara menyeluruh dan tidak melaksanakan menurut konteks,' kata profesor di Institut Pemikiran dan Tamadun Islam (Istac), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM), itu.Menurutnya, wasatiyyah mengandungi tiga unsur iaitu adil, cemerlang dan seimbang.Adil bermakna tidak memihak kepada sesiapa selain kebenaran (rujuk surah Al-Baqaarah: 143); cemerlang dalam pelbagai bidang (rujuk surah Ali Imran: 110 mengenai umat Islam adalah yang terbaik); dan seimbang seperti yang dipaparkan nabi (tidak melampau dalam pengamalan agama: Nabi puasa dan berbuka, nabi solat dan tidur, dan nabi berkahwin).
Beliau juga menjelaskan kesederhanaan dalam pelbagai aspek kehidupan seperti:Menegakkan keadilan dan membuat kebaikan seperti yang terkandung dalam khutbah kedua setiap Jumaat.Tidak kikir dan tidak pula boros dan membazir.Tidak sombong dan riyak dan merendahkan suara.Membuat persiapan menuju akhirat tanpa melupakan tanggungjawab dunia.Menjaga hubungan baik dengan semua orangMembela dengan bersebabMenerima hak penganut lain mengamalkan agama.
Pelbagai akhlak dan sikap santun seperti yang dipaparkan Nabi (seperti berdiri menghormati mayat Yahudi).Dalam ceramahnya, Prof Kamal menyatakan masyarakat Melayu-Islam di rantau ini telah memaparkan kesederhanaan dan toleran. Beliau mengetengahkan contoh seperti kehadiran patung Buddha yang besar di Kelantan, Masjid dengan menara dan seni bina Cina di Melaka dan Kelantan.Beliau berkata, penganut Islam berkongsi persaudaraan dengan masyarakat lain dalam beberapa aspek kehidupan seperti peri kemanusiaan.'Penganut Islam mesti tunjukkan bahawa kita juga menentang fenomena ekstremisme supaya dilihat sebagai masyarakat harmoni dan bersedia bekerjasama dengan masyarakat lain,' ujarnya.Dalam ceramah itu, Prof Kamal juga membincangkan beberapa cabaran yang dihadapi.Antaranya ialah pengaruh negatif dari luar seperti Internet yang sukar dibendung, dan kemasukan idea ekstrem dalam masyarakat.
Cabaran lain termasuk:Bagaimana menangani pandangan berat sebelah dan salah tanggapan pelbagai pihak terhadap Islam;Bagaimana menjadikan pendidikan agama di kalangan generasi muda - tidak sekadar faham rukun iman, rukun Islam, dan pembentukan akhlak, malah cara berakhlak terhadap penganut agama lain.Bagaimana mempertingkat pemahaman agama dan keharmonian sosial - menjadikan dakwah Islam dan konsep rahmatan lilalamin sebagai aset dalam menyampaikan dakwah;Bagaimana menghasilkan pemimpin yang berilmu, mahir dari segi sosio-ekonomi dan politik.Prof Kamal juga menyentuh 20 bentuk kesederhanaan menurut seorang ulama Islam, Syeikh Yusuf Qaradawi, prinsip-prinsip kesederhanaan dan berapa saranan langkah ke hadapan. |
Post a Comment